Masjidil Haram Kini Dijaga Oleh Polis Dan Askar Wanita | Putera Mahkota Mohammed Salman ingin melakukan perubahan di Tanah Arab itu dengan pelbagai pembaharuan. Baginda juga ingin meningkatkan darjat kaum wanita dengan memajukan wanita di seluruh Arab Saudi.

Masjidil Haram Kini Dijaga Oleh Polis Dan Askar Wanita

Dalam Program Wawasan 2030, antara pembaharuan yang diperkenalkan adalah usaha untuk memajukan wanita Arab Saudi. Mereka ini akan ditempatkan dalam pelbagai bidang. Terbaharu, askar dan polis dari golongan kaum wanita telah telah ditugaskan untuk menjaga Masjidil Haram dan sekitar Kaabah buat pertama kalinya.

Menurut portal Alarabiya News, seorang pegawai polis wanita yang bertugas bersedia membantu jemaah yang mengunjungi Masjidil Haram. Mereka turut mengutamakan langkah pencegahan penularan virus covid-19 yang melanda dunia.

Menurut seorang pegawai polis wanita yang bertugas, mereka memperhatikan langkah pencegahan dan pencegahan Covid-19 dan memberikan bantuan kepada semua wanita yang mengunjungi Masjid al-Haram.

Seorang pegawai lain mengatakan dia adalah seorang askar yang telah mendaftar dalam kursus ketenteraan di Riyadh di mana dia belajar banyak kemahiran. Namun kini dia sedang bertugas dengan melayan para tetamu tuhan.

Pada bulan Februari, Kementerian Pertahanan negara itu mengumumkan lelaki dan wanita di negara itu kini boleh memohon jawatan dalam tentera.

Wanita kini dibenarkan mendaftar untuk bergabung dengan Tentera Arab Saudi, Pertahanan Udara Arab Saudi, Tentera Laut Diraja Arab Saudi, Pasukan Peluru berpandu Strategik Saudi, dan Perkhidmatan Perubatan Angkatan Bersenjata.

Sumber: Malaysia Gazette

Share.

Leave A Reply