Polis Bakal Buat Rondaan Di Aidilfitri, Rumah Banyak Kereta Akan ‘Disinggah’ | Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan satu kenyataan baru-baru ini bahawa mereka dijangka bakal melakukan rondaan dari rumah ke rumah pada sambutan Aidilfitri yang akan datang sepertimana ia dilaksanakan pada tahun sebelumnya.

Polis Bakal Buat Rondaan Di Aidilfitri, Rumah Banyak Kereta Akan 'Disinggah'

Polis Bakal Buat Rondaan Di Aidilfitri, Rumah Banyak Kereta Akan 'Disinggah'

Tindakan tersebut diambil bagi memastikan supaya penularan wabak Covid-19 serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP)  berada pada tahap yang baik selain mengurangkan kadar keberjangkitan wabak yang berbahaya ini dalam kalangan rakyat semasa sambutan perayaan diadakan.

Melalui kenyataan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar, rondaan tersebut dilakukan supaya pihak polis dapat mengesan individu-individu yang telah melakukan rentasan negeri tanpa kebenaran bagi menyambut perayaan Aidilfitri di kampung halaman.

Tambah beliau, ada kalanya, sebilangan orang awam bakal mengambil kesempatan jika terdapat peluang untuk melakukan rentasan negeri tanpa kebenaran iaitu ketika cuaca yang tidak mengizinkan dan ia menyebabkan pihak berkuasa tidak dapat membuat kawalan dan pemeriksaan di pondok kawalan.

Menurut beliau, ada kalanya, sesetengah orang awam dapat melakukan rentasan bukan kerana mereka telah mendapat surat kebenaran merentas, namun pada waktu tersebut telah berlakunya hujan lebat  sehingga menyebabkan pihak polis tidak dapat melakukan pemeriksaan, justeru mereka mengambil kesempatan untuk terlepas dari pemeriksaan.

Strategi yang digunakan pada tahun ini dilaporkan sama seperti tahun sebelumnya iaitu melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah serta jika terdapat banyak kereta tertumpu di sesebuah kediaman, maka polis dijangka bakal melakukan pemeriksaan di rumah terbabit bagi melihat jika mereka mempunyai surat rentasan negeri dan sebagainya.

Rakyat juga diminta untuk tidak keliru dengan arahan rentasan negeri yang telah dikeluarkan baru-baru ini oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani selepas ia memberi kebenaran untuk melakukan rentasan negeri pada hari Isnin sehingga Khamis.

Kebenaran tersebut hanya termaktub jika terlibat dalam enam syarat yang ditetapkan iaitu melibatkan kecemasan, kematian keluarga terdekat, urusan kerja serta pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan sahaja.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply