Tak Sahur Alasan Ponteng Puasa Di Bulan Ramadan | Khalifah Media Networks – Puasa bukan satu alasan yang boleh diterima sekiranya seseorang itu kelihatan sakit, tidak larat atau tidak sihat yang menyebabkan dia ponteng puasa. Sebaliknya, dengan berpuasa kita sebagai umat Islam dapat melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersemangat.
Johor Bahru: Baru-baru ini 23 individu telah ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam negeri Johor (JAINJ). Berikutan memberi alasan sakit, tidak larat dan tidak sempat bersahur sebagai alasan mereka untuk tidak berpuasa.
Ketua Penolong Pengarah bahagian penguat kuasa JAINJ, Dzulkifli Mohamad berkata, kesemua 23 individu yang telah dikenakan saman hadir. Mereka berusia antara 20 tahun hingga 50 tahun yang ditahan di seluruh negeri ini. Katanya, mereka telah dikesan oleh penguat kuasa kerana makan pada waktu siang di bulan Ramadan. Kebanyakan kaki ponteng puasa ini melakukan kegiatan di restoran dan warung makan.
“Bermacam-macam alasan yang mereka berikan kepada anggota penguat kuasa. Ketika membuat tinjauan antaranya tidak tahan hendak berpuasa, sakit dan lain-lain lagi,” katanya.
Kebanyakan kaki ponteng puasa yang ditahan itu merupakan individu yang berbeza. Ekoran itu, penguatkuasaan dan pemantauan akan diteruskan sepanjang bulan Ramadan di seluruh daerah.
Di Kedah, kaki ponteng puasa bagi negeri ini dikesan dengan menggunakan taktik melepak dan membeli makananan di kedai makan bukan Islam. Bagi mengelakkan dikesan oleh penguat kuasa agama.
Kenyataan dari Penolong Pengarah JHEAIK
Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK). Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya melakukan sebanyak lima tangkapan sepanjang operasi sejak seminggu umat Islam berpuasa.
Katanya, dua tangkapan telah dilakukan di daerah Kubang Pasu kerana merokok. Manakala tiga lagi tangkapan di Sungai Petani. Akibat perbuatan minum di tempat awam. Rata-rata daripada mereka menggunakan alasan yang pelik untuk melepaskan diri. Seperti sedang mendapatkan rawatan di hospital, beli makanan untuk anak dan hanya bersembang di kedai makan berkenaan.
“Taktik menggunakan orang tengah juga masih digunakan kaki ponteng puasa ini, namun ada segelintir peniaga kedai makan beroperasi awal untuk menjual makanan secara bungkus kepada mereka,” ujarnya.
Di Pulau Pinang, seramai 13 orang lelaki beragama Islam didapati tidak berpuasa dalam tempoh sembilan hari Ramadan di seluruh negeri ini sehingga semalam.
Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Mohd. Zakuan Zakaria berkata, individu berusia di antara 20 hingga 50 tahun itu kebanyaknnya memberi pelbagai alasan klise. Iaitu kerana tidak sihat dan tidak bersahur ketika ditahan pihaknya.
“Antara kegiatan yang dikesan adalah seperti merokok di tempat awam serta makan dan minum dengan tidak menghormati bulan Ramadan,” katanya.
Di Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah melakukan 67 operasi pemantauan di kawasan-kawasan dikenal pasti bagi membanteras ‘geng plastik hitam’. Pengarah JAIP Datuk Dr. Zulkifle Ali berkata, operasi pemantauan berkenaan dilakukan di 57 buah lokasi dikenal pasti di seluruh negeri.
“Pemantauan dilakukan di lokasi-lokasi panas, tiada kes dilaporkan dan para peniaga juga dikatakan akur dengan arahan pihak berkuasa tempatan dengan memulakan perniagaan bermula pada pukul 3 petang,” katanya.
Bagi semua kesalahan tersebut, pihak berkuasa akan mengeluarkan notis hadir memberi keterangan di Bahagian Penguat kuasa di bawah Seksyen 15 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri masing-masing.
Sumber: Kosmo