Seorang lelaki yang disangkakan mabuk, rupa-rupanya mengalami masalah tulang rawan tergelincir (slip disc) sehingga terbaring sambil meraung kesakitan di hadapan pintu masuk sebuah kondominium.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun @Bohjankl, lelaki itu dilihat tidak mampu bergerak kerana terlampau sakit dan meraung meminta tolong.

“Pagi tadi, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, ada seorang lelaki tiba-tiba terjatuh depan aku selepas itu meraung.

“Aku sangka dia mabuk sebab sudah pukul 5 pagi. Rupa-rupanya dia meraung kesakitan sebab ‘slip disc’.

“Sebelum ini dia pernah menjalani pembedahan, tetapi kali ini diserang semula selepas turun daripada motosikal,” tulisnya di dalam video itu.

Menurtnya, dia segera menghubungi talian kecemasan dan tidak lama selepas itu pasukan perubatan tiba untuk membawa pemuda tersebut ke Hospital Kuala Lumpur.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang berterima kasih kepada @Bohjankl kerana menyelamatkan pemuda itu di samping mendoakan agar pesakit tersebut diberi kesembuhan segera.

“Mujurlah kebetulan terjumpa dia. Sakitnya mesti tak tertahan sampai menangis. Tolak ke tepi rasa malu, terima kasih bantu adik itu,” komen Mazura.

“Memang sakit sangat bila kena slip disc… hanya yang pernah kena sahaja yang tahu. Moga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan sahabat, amin,” komen pengguna lain.

Sehingga kini, video tersebut mendapat 1.6 juta tontonan, 138,800 tanda suka dan 2,579 perkongsian.

@bohjankl

Kalau kene Slipped Disc ni memang xleh bawak bincang sakit dia..😖😖😖😖😖😖😖😖😖😖 #2023 #HKL #slippeddisc

♬ original sound – BOJAN’KL – BOJAN’KL

Sumber : Kosmo

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Kamera Tersembunyi Bilik Persalinan, Polis Bersiasat | Polis telah merekod keterangan 11 individu untuk siasatan video tular yang memaparkan rakaman kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat membeli-belah.

Tangkap layar video tular yang memaparkan kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat membeli belah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, terdapat empat video diterima mengenai kes terbabit.

Setakat ini, 11 direkod keterangan membabitkan kakitangan pusat beli-belah terbabit dan pihak penyelenggaraan.

Beliau berkata kepada pemberita semasa Hari Bersama Media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Rabu bahawa mereka juga ada terima satu laporan dibuat mangsa seorang wanita pada semalam (Selasa).

Beliau berkata, polis juga sedang menunggu laporan hasil analisa kesemua video itu daripada pihak Cyber Security.

Katanya, siasatan masih dijalankan termasuklah individu yang bertanggungjawab memasang kamera di bilik persalinan selain mengesan pemilik akaun media sosial terbabit.

Beliau mengujar bahawa kita gesa semua mangsa dalam rakaman terbabit untuk tampil bantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Pada 11 Januari, Sinar Harian melaporkan polis menerima laporan yang dibuat pengurus kawalan keselamatan sebuah premis berkaitan video tular yang memaparkan rakaman daripada kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat membeli-belah.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Fikri Abdul Manan di talian 013-4149917, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply