Pesawat Tentera Udara Filipina Terhempas | Jurucakap tentera berkata sebuah pesawat Tentera Udara Filipina (PAF) terbabit dalam kemalangan semasa sesi latihan pada Rabu.

FOTO HIASAN

Jurucakap PAF Ma Consuelo Castillo dalam satu kenyataan berkata, pesawat SF260 dengan dua juruterbang itu terhempas di wilayah Bataan, barat Manila, lapor Xinhua.

Castillo berkata, pesawat itu berlepas dari pangkalan tentera di Sangley Point di wilayah Cavite, 9.59 pagi waktu tempatan.

Beliau berkata bahawa mereka kehilangan jejak pesawat lebih 30 minit selepas penerbangan berlepas.

Radio tempatan DZBB berkata, serpihan pesawat itu ditemukan di bandar Pilar di Bataan bersama mayat dua juruterbang itu.

Pada petang Selasa, sebuah pesawat peribadi enam tempat duduk hilang di wilayah Isabela, utara Manila.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk mencari pesawat Cessna itu, juruterbang dan lima penumpangnya.

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel Lain

Pesawat terhempas di Nepal: 66 Disahkan [email protected]

Pesawat terhempas di Nepal: 66 Disahkan [email protected] | Sekurang-kurangnya 66 orang disahkan terbunuh apabila pesawat yang membawa 68 penumpang dan empat anak kapal terhempas di Nepal pagi Ahad.

Nepalese rescue workers and civilians gather around the wreckage of a passenger plane that crashed in Pokhara, Nepal, Sunday, Jan. 15, 2023. Authorities in Nepal said 68 people have been confirmed dead after a regional passenger plane with 72 aboard crashed into a gorge while landing at a newly opened airport in the resort town of Pokhara. It's the country's deadliest airplane accident in three decades. (AP Photo/Krishna Mani Baral)

Jurucakap Tentera Nepal Krishna Bhandari memberitahu Agensi Anadolu bahawa 66 mayat ditemukan dari lokasi nahas setakat ini.

Usaha mengesan enam orang lagi mangsa sedang giat dijalankan.

Pegawai kanan di Kementerian Dalam Negeri Fanindra Mani Pokharel, memberitahu bahawa pesawat penumpang yang dikendalikan Yeti Airlines terhempas berhampiran Pokhara, sebuah destinasi pelancongan popular yang terletak 200 kilometer dari barat Kathmandu.

Jurucakap Polis Nepal Tek Prasad Rai memaklumkan, anggota polis dan tentera dikerah ke lokasi nahas.

Beliau berkata Perdana Menteri Nepal Pushpa Kamal Dahal melahirkan rasa sedih atas “kemalangan tragis Yeti Airlines ANC ATR 72 yang dalam perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara.

Menurut ciapannya di Twitter Saya dengan tulus merayu kepada anggota keselamatan, semua agensi kerajaan Nepal, dan orang awam untuk memulakan penyelamatan yang berkesan.

Kedutaan India di Kathmandu pada Ahad mendedahkan maklumat yang diberikan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal bahawa lima warga India menaiki penerbangan itu.

Menurut misi itu, kedutaan sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan sedang memantau keadaan.

Sumber: Harian Metro

 

Lebih 16 [email protected] Pesawat Terhempas Di Nepal

Lebih 16 [email protected] Pesawat Terhempas Di Nepal | Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh selepas sebuah pesawat yang membawa 72 orang penumpang terhempas di Nepal.

Menurut laporan media, pesawat itu terhempas di antara lapangan terbang lama dan baharu Pokhara di tengah Nepal.

Jurucakap syarikat penerbangan, Sudarshan Bartaula berkata, pesawat enjin berkembar ATR 72 yang dikendalikan oleh Yeti Airlines Nepal itu turut membawa dua bayi, empat anak kapal dan 10 warga asing.

Krishna Bhandari, jurucakap tentera berkata, mereka menjangkakan untuk mengenal pasti lebih banyak mayat.

Perdana Menteri, Pushpa Kamal Dahal berkata, pesawat itu dalam penerbangan dari Kathmandu ke Pokhara dan menggesa anggota keselamatan serta orang ramai turut membantu dalam usaha menyelamat.

Pokhara merupakan sebuah bandar pelancongan yang sibuk kira-kira 200 kilometer di barat ibu kota Kathmandu.

Televisyen tempatan menunjukkan asap hitam tebal berkepul-kepul dari lokasi nahas ketika pekerja penyelamat dengan orang ramai berkumpul di sekitar serpihan pesawat itu.

Gurudutta Dhakal, pegawai tempatan, menyatakan bahawa pihak polis sudah berada di lokasi kejadian dan cuba memadamkan api. Semua agensi kini menumpukan usaha memadamkan kebakaran terlebih dahulu dan menyelamatkan penumpang.

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply