Gigih Timba Ilmu Dan Kongsi Pengetahuan Islam Di TikTok, Ryan Mohon Doa Agar Dapat Memeluk Islam | Khalifah Media Networks –  Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun telah tertarik dengan agama islam. Dia mula mengkaji berkaitan agama islam dan mengkaji keistimewaan agama ini. Dia banyak menimba ilmu daripada rakan-rakan muslim serta ustaz ustazah serta membuat carian di internet untuk mencari kepastian berkaitan sesuatu perkara.

Gigih Timba Ilmu Dan Kongsi Pengetahuan Islam Di TikTok, Ryan Mohon Doa Agar Dapat Memeluk Islam

Bukan sahaja rajin menimba ilmu, malahan dia turut berkongsi  dengan pengikutnya pengetahuan agama berkaitan apa yang diketahui di platform aplikasi TikTok miliknya. Ryan berkongsi setiap mesej positif dan pengetahuan agama yang dipelajari menerusi video yang dimuat naik. Setiap video yang dikongsikan telah  eraih tontonan yang tinggi, Ryan juga menerima banyak pujian daripada pengikutnya yang beragama islam.

Apa yang menarik adalah Ryan telah ikut sama menjalani ibadah puasa bermula dari 1 ramadan tahun ini. Ryan iaitu penuntut Asasi Kewangan Akaun, Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar), Kuala Lumpur telah tertarik untuk mendalami islam sejak setahun yang lalu. keinginannya itu tercetus apabila melihat rakan muslimnya menunaikan solat fardu.

@ryanwong82Hari ini selesai berpuasa! Continue untuk hari esok! #ramadhanmubarak #pelanduksquad #pembaris_fighter #iftar♬ Up & Down Ramadan – Tik Toker

Menyedari pengaruh TikTok dalam kalangan masyarakat khususnya golongan muda, Ryan mengambil kesempatan memanfaatkan platform berkenaan untuk menyampaikan mesej positif. Usaha Ryan tidak sia-sia apabila perkongsiannya itu mendapat maklum balas positif daripada pengikutnya yang kini mencecah hampir 19,000.

Niatnya hanya ingin menagajak orang ramai melakukan kebaikan kerana setiap agama menuntut kita untuk melakukan kebaikan termasuk agama islam. Dia juga berkongsi pengetahuan berkaitan apa yang dipelajari. Tanpa disedari ramai pengikutnya yang merasa teruja mungkin disebabkan oleh dia seorang berbangsa cina.

Ibu bapanya mengetahui apa yang dilakukan, mereka juga tidak menghalang apa yang dilakukan asalkan Ryan tidak sesekali menyentuh sensitiviti agama.

Cubaan Berpuasa

Ryan turut berkongsikan pengalaman berpuasanya, menurutnya rukun islam ketiga itu dilakukan denga  kehendak sendiri dengan niat mencuba dan merasai kesusahan golongan kurang bernasib baik hidup tanpa makan dan minum. Pada mulanya memang susah dan dia berbuka pada jam 6 petang pada tiga hari pertama kerana tidak mampu menahan lapar dan dahaga.

Pada hari keempat dia cuba untuk berpuasa sehingga waktu maghrib dan telah berjaya menyesuaikan diri. Kebiasaannya dia hanya bersahur dengan menjamah biskut dan minum susu kurma serta ke restoran berhampiran rumah untuk berbuka puasa

Ditanya sama ada mahu memeluk Islam atau sebaliknya, Ryan mengakui menyimpan hasrat itu tetapi membiarkan masa yang menentukannya. Ketika ini, dia lebih selesa mendalami ajaran Islam. Memahami kewajipan sebagai seorang Muslim, pernah terdetik untuk memeluk Islam tetapi bukan sekarang.

Ramai pengikut saya di TikTok mendoakannya memeluk Islam dan mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan satu hari nanti. Dia turut berterima kasih atas sokongan diberikan dan akan terus berkongsi video dakwah untuk kebaikan bersama. Ryan turut menjadikan Ustaz Ebit Lew sebagai sumber inspirasi.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply