Matahari Tegak Di Atas Kaabah, Umat Islam Boleh Semak Arah Kiblat Pada 28 Mei Ini | Khalifah Media Networks – Mungkin ramai yang masih belum memahami sepenuhanya mengenai fonemana ini apa dan maksud istiwa’ matahari atau Istiwa’ al- A’dzam kan? Secara ringkasnya, Istiwa’ al-A’dzam adalah peristiwa di mana matahari berada tegak di atas Kaabah.

Pada tarikh 28 Mei 2022, tepat jam pukul 5.18 petang, Matahari akan istiwa’ atau berada tepat di atas bandar Mekah di mana terletaknya Kaabah yang merupakan arah kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia.

Fenomena ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari bersamaan dengan nilai latitud tempatan.

Ketika kejadian ini berlaku, bayang-bayang sinaran Matahari bagi semua objek tegak yang ada di permukaan Bumi akan menghala ke arah Kaabah. Oleh itu, lakaran bayang-bayang objek tegak pada ketika dan tarikh itu boleh dijadikan sebagai panduan bagi menentukan atau mengesahkan arah kiblat secara semulajadi.

Mengambil manfaat daripada peristiwa ini, pihak yang bertanggungjawab dan umat Islam sendiri boleh menyemak arah kiblat berpandukan garis panduan yang akan kami kongsikan dibawah.

Disini, selepas semakan dibuat, anda dapat menentukan sama ada wujud perubahan arah kiblat atau sebaliknya. Anda hanya perlu ikut setiap cara yang telah kami berikan.

CARA SEMAK KIBLAT DARI JABATAN MUFTI SELANGOR

Berikut merupakan panduan semakan kiblat daripada Jabatan Mufti Selangor:

1. Pastikan waktu yang tepat berdasarkan waktu standard Malaysia.

2. Gunakan objek tegak dan lurus

3. Hala objek ke arah cahaya matahari

4. Bayang yang terhasil daripada objek tersebut akan menunjukkan ke arah kiblat.

5. Tandakan garis bayang yang terhasil.

Semoga bermanfaat untuk anda semua.

SUMBER : SirapLimau

Share.

Leave A Reply