Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

“Persiapan sedang dilakukan kerana kakak merancang naik pelamin dengan lelaki pilihannya bulan depan, namun kini semuanya musnah,” kata Nur Fasihah Aminah, 23, adik kepada askar wataniah, Nur Faiezah Aminah Suib, 25 yang maut dalam kemalangan dengan trak tentera di Kilometer 49.2 Jalan Muar ke Segamat di sini, semalam.

Maut Kemalangan Dengan Trak Askar, Ini Permintaan Terakhir Arwah Untuk Majlis Perkahwinan

Menurut Nur Fasihah, sehari sebelum arwah kelihatan sangat ceria ketika berbicara dengan ibunya, Helen Murni Sulaiman, 50-an berkenaan tarikh pernikahannya yang dijadualkan pada 29 Oktober depan.

“Kami sekeluarga menyedari arwah amat ceria sejak kebelakangan ini kerana bakal menjadi suri rumah malah menyatakan hasrat mahu mengenakan pakaian seragam askar wataniah untuk hari persandingannya nanti,” katanya katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Durian Chondong di sini, hari ini.

Kata Nur Fasihah, arwah yang juga anak ke tujuh dari sembilan beradik itu melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihannya iaitu seorang anggota polis trafik pada 30 Oktober lalu.

Dalam pada itu katanya, arwah banyak menghabiskan masa dengan ibu jika cuti hujung minggu kerana dia juga bertugas sebagai guru di sebuah taska swasta.

Dalam nahas kira-kira jam 3.30 petang itu, Nur Faiezah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di leher, kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan, Mohd Fadhil Minhat, berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta mangsa terbabit hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan trak tentera.

Difahamkan, kemalangan berlaku ketika kereta mangsa dalam perjalanan dari arah Tangkak menuju ke Segamat, manakala trak tentera pula dari arah Segamat ke Tangkak.

Setiba di lokasi kejadian, kereta dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan trak tentera terbabit.

Susulan pelanggaran itu, kenderaan Proton Saga mangsa terperosok di bahagian bawah hadapan trak tentera.

Mohd Fadhil berkata, pemandu Proton Saga disahkan meninggal dunia di tempat dan mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Daerah Tangkak (HDT), di sini, untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, Nur Fasihah berkata dia menerima berita kemalangan yang menimpa kakaknya itu daripada ahli keluarga terdekat kira-kira jam 4 petang semalam.

Katanya, keluarganya reda dengan ketentuan Ilahi apabila Nur Faiezah maut dalam kemalangan itu.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Wakaf Perkuburan Islam di Felda Sri Jaya di sini kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply