Mengaku Sebagai Bakal Imam Mahdi, Lelaki Serang Imam Masjidil Haram | Seorang lelaki telah bertindak di luar jangkaan dengan secara tiba-tiba telah menyerang seorang khatib yang sedang menyampaikan khutbah solat jumaat di Masjidil Haram jumaat lalu.
Babak itu telah bertukar dramatik dan berjaya dirakam ketika program siaran langsung televisyen sedang dilaksanakan. Siasatan polis mendapati penyerang itu telah mendakwa bahawa dirinya merupakan ‘bakal Imam Mahdi’.
Namun tindakan lelaki itu gagal apabila beliau telah berjaya dihalang oleh seorang pengawal keselamatan yang bernama Mohammed Al-Zahrani. Pengawal itu telah bertindak pantas dengan menghalang lelaki itu daripada menyerang imam yang sedang menyampaikan khutbah.
Dia turut dibantu oleh pengawal lain dan lelaki itu berjaya ditahan. Al-Zahrani telah dianggap sebagai wira disebabkan oleh kejadian itu. Orang ramai berterima kasih kepadanya atas usahanya itu.
Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang lelaki yang tiba-tiba meluru ke arah khatib yang sedang menyampaikan khutbah solat Jumaat di Masjidil Haram. Berdasarkan rakaman video, lelaki itu yang memakai ihram dan memegang objek seperti kayu kecil, berjaya ditahan oleh anggota pasukan keselamatan.
Sumber: Harian Metro