Menteri Agama Terima Mesej Dari Bekas Guru. Isi Mesej & Respon Dr. Zulkifli Buat Ramai Terharu

| April 9, 2020 | 0 Comments

Menteri Agama Terima Mesej Dari Bekas Guru. Isi Mesej & Respon Dr. Zulkifli Buat Ramai Terharu | Baru-baru ini Menteri Agama Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri ada menerima mesej dari bekas gurunya, respon balas Dr. Zulkifli pasti buat ramai terharu. Baca selanjutnya..

Pepatah ada mengatakan, jika sudah mengenal langit dan bintang, jangan sesekali lupakan tanah di darat.

Sejauh mana pun kita pergi, jangan sesekali lupakan asal-usul kita.

Pepatah ini bertepatan dengan sedikit coretan luahan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Facebooknya hari ini.

Beliau memuat naik satu gambar tangkap layar (screenshot) yang memaparkan teks ucapan penghargaan dan doa daripada bekas gurunya.

Mari kita hayati luahan beliau dan ucapan daripada bekas gurunya itu.

Dari meja mufti ke kerusi menteri, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri masih bersikap merendah diri dalam setiap perkara. Foto: Google

Rasa amat terharu dengan doa dan harapan dari guru-guru sekolah saya.

Terima kasih Cikgu Mohd. Yakin, Cikgu Noridah dan semua guru saya semasa zaman persekolahan.

Teringat saya kepada penyair Arab, Ahmad Syauqi yang pernah mengeluarkan bait penuh makna,

قم للمعلم وفه التبجيلا * كاد المعلم أن يكون رسولا

“Berdirilah (untuk menghormati) guru, dan lupakanlah penghormatan (dirimu)

(Kerana) hampir-hampirlah guru itu (dianggap) seperti seorang rasul.”

Walau siapa pun saya sekarang, saya tetap selama-lamanya anak murid cikgu.

Saya tetap Zulkifli bin Mohamad, anak kampung yang cikgu kenal puluhan tahun dahulu.

Walaupun pernah memegang amanah besar sebagai mufti wilayah persekutuan, dan kini sudah bergelar menteri, beliau tetap konsisten untuk sentiasa bersederhana dan merendah diri serta tidak lupa akan bekas-bekas murabbinya (gurunya).

Ternyata pelantikan beliau sebagai menteri agama di tampuk pimpinan kerajaan adalah merupakan satu pilihan yang tepat.

Semoga Allah merahmati kehidupan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

 

Sumber: Facebook Via SiakapKeli

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *