Terkini. Lebih 100 Doktor Terkorban Akibat Covid-19 Di Itali | Penularan wabak covid-19 di Itali agak tinggi, terkini dilaporkan lebih 100 orang doktor terkorban akibat wabak ini. Baca seterusnya..

Jumlah korban kematian Coronavirus dalam kalangan doktor di Itali mencecah 100 kes pada hari Khamis (9 April) apabila empat lagi doktor meninggal dunia dalam tempoh 24 jam yang lalu, menurut persekutuan doktor Itali FNOMCEO.

“Bilangan doktor yang telah meninggal dunia kerana COVID-19 adalah 100, mungkin 101 pada masa ini, malangnya,” kata jurucakap FNOMCeO kepada AFP.

Laporan media Itali menganggarkan bahawa 30 jururawat dan pembantu kesihatan dilaporkan ada juga yang telah meninggal dunia akibat COVID-19. Jumlah ini termasuk doktor pesara yang telah kembali bekerja secara sukarela semasa wabak itu.

Sumber: The Spectator IndexThe Local It Via SiakapKeli

Share.

Leave A Reply