Menteri Perpaduan Negara Disahkan Positif Covid-19.

| January 19, 2021 | 0 Comments

Menteri Perpaduan Negara Disahkan Positif Covid-19. | Makin hari ramai Ahli Parlimen dan menteri disahkan positif Covid-19. Yang terbaru, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique diuji positif Covid-19 pada Selasa.

Menerusi satu kenyataan, beliau membuat saringan pada Isnin sebelum disahkan positif pada hari ini.

“Datuk Halimah akan menjalani rawatan dan tempoh kuarantin sebagaimana yang telah diarahkan.

“Beliau akan dipantau serta mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Datuk Halimah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf di atas segala kesulitan dan masalah yang timbul akibat perkembangan ini,” ujar kenyataan itu.

Terdahulu pada hari ini, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz turut disahkan positif Covid-19.

Tags: , , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *