Kenapa Bayi Wangi ? Adakah Bau Syurga? Doktor Ni Tampil Beri Jawapan

| January 18, 2021 | 0 Comments

Kenapa Bayi Wangi ? Adakah Bau Syurga? Doktor Ni Tampil Beri Jawapan | Mesti ramai pernah bau bayi yang baru lahir. Wangi kan ? Adakah ianya bau dari syurga? Kenapa ramai orang suka dengan bau bayi? Seorang doktor di Unit Kanak-Kanak tampil beri jawapan. Baca selanjutanya.

Seperti Yang Dikongsikan Oleh Dr Redza Zainol di Twitter

“Sukanya bau baby.” Selalu sangat saya dengar jururawat, doktor dan ibu-ibu cakap macam ni di wad. Setiap kali mereka dukung bayi yang baru lahir, perkara pertama yang dibuat ialah menghidu kepala bayi.

Kenapa Bayi Bau Wangi

Sampai berkali-kali mereka hidu, pun masih rasa tak puas. Rasa gembira. Rasa tenang. KENAPA?

1) Bila wanita terutamanya ibu menghidu kepala bayi, neuro hormon bernama dopamine akan dirembes dari beberapa bahagian otak.

2) Dopamine ialah hormon yang buatkan kita rasa bagus dan seronok. Dopamine juga terhasil bila kita bermain video game, makan sedap-sedap dan ketika leka bermain gajet.

3) Maksudnya, setiap kali menghidu bayi, ibu akan dapat hadiah dalam bentuk dopamine. Makin banyak dopamine terhasil, makin seronok ibu tu rasa.

4) Bau bayi ni juga penting sebagai cara untuk ibu kenal dan jadi rapat dengan anak mereka dalam masa yang singkat.

5) Bayi yang lahir semuanya tak mampu bertutur. Jadi ada 2 cara saja untuk mereka minta ibu ayah lindungi mereka.

Pertama, dengan cara menangis.

Kedua, dengan mengeluarkan bau badan yang buat ibu ayah rasa gembira.

6) Sebab tu penat macam mana pun, ibu tetap akan dukung bayi. Bila ibu belai, cium dan dukung bayi, paras hormon oxytocin ibu dan bayi pula meningkat. Oxytocin ni hormon bahagia. Sebab tu lagi banyak kita peluk dan sentuh anak, kita rasa lagi bahagia.

Masa bayi tengah kecil ni, nikmatilah bau bayi ni sepuas-puasnya. Sebab bila usia makin meningkat, bau bayi ni akan semakin hilang.

Kita akan terindu-rindu bau mereka bila mereka besar nanti. Kan?

Lihat Komen Netizen

Antara yang netizen beri komen balas adalah…..

Bau bayi bangun tidur pagi..dekat2 mulut tu pun favourite jugak. Masham2 haha. Tapi bila dah besa 2-3thn dah start makan real food, bangun pagi dia tak masham2 dah. Kelat je . time ni terhibur dgn telatah dia pulak. Enjoy dan appreciate masa dieorg tgh umur toddlers ni.

My mom pernah cium2 her niece sbb baru lahir and dia ckp “sedapnya bau syurga ni…” and i told her… “tp anak mama yg ni da tak bau syurga pon..” and suddenly my aunt said, “mmg lah. Awak da bau separuh neraka… Burnnnn bby burnnnn

Kenapa Bayi Bau Syurga

Sumber: Twitter Dr Redza Zainol

Tags: , , , , , , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *