Wanita Jumpa Botol Beku Di Tepi Pantai. Apa Yang Ditemui Dalamnya Mengejutkan Ramai | Seorang wanita yang sedang berjalan di tepi pantai berasa pelik apabila terjumpa botol beku terdampar. Bila buka botol tersebut, apa yang ditemui lebih mengejutkan lagi. Mesej 16 tahun yang lalu ditemui di dalam sebuah botol berbentuk sepucuk surat.

Wanita tersebut dikenali sebagai Helene Hundeide yang berasal dari Maloy, Norway. Ketika beliau sedang mencari tempat untuk membuat unggun api pada sabtu lepas, beliau telah menjumpai sebuah botol tersebut.

Wanita Jumpa Botol Beku Di Tepi Pantai. Apa Yang Ditemui Dalamnya Mengejutkan Ramai

Surat tersebut ditulis pada 7 Ogos 2004 oleh Peter dan Susan Henry dari Noonsbrough. Mesej di dalam surat mengatakan bahawa pasangan itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas 10 hari berlayar di Unst. Mereka juga meminta sesiapa yang menjumpai surat tersebut dapat dihubungi melalui e-mel yang tertera.

Wanita Jumpa Botol Beku Di Tepi Pantai. Apa Yang Ditemui Dalamnya Mengejutkan Ramai

Hundeide kemudiannya meghubungi pasangan tersebut, akan tetapi mendapati e-mel tersebut tidak digunakan lagi. Selepas itu, dia menyiarkan foto tersebut di laman Facebook dan dikongsi oleh beberapa orang yang mengenali pengirim surat tersebut di laman Maritime Shetland. Dengan bantuan pengguna Facebook, Hundeide dapat menghubungi Susan Henry hanya dalam masa satu jam. “Dia terkejut kerana botol itu dijumpai selepas bertahun-tahun” kata Hundeide.

Selain itu, Hundeide juga berpeluang untuk menghubungi Susan Henry dan mengatakan mereka adalah pasangai yang baik. Dia juga berniat untuk mengunjungi mereka selepas wabak ini berakhir. “Surat ini dalam keadaan baik, jadi inilah kenangan seumur hidup saya,” kata Hundeidi yang bercadang untuk membingkai surat tersebut.

Sumber : Daily Mail

 

 

Share.

Leave A Reply