Tak Boleh Jadi Imam Lagi Sebab Nyanyi Lagu ‘God Save The King’ | Khalifah Media Networks – Seorang imam terkemuka di Britain ‘diketepikan’ oleh pihak pengurusan atasan. Ianya berikutan kerana menghadiri sebuah majlis apabila lagu kebangsaan baharu negara itu dinyanyikan.
Lapor Daily Mail, imam Mohammed Mahmoud dimaklumkan bahawa dia tidak lagi dibenarkan mengimamkan solat di Masjid East London.
Menurut sumber rapat, pihak atasan masjid tidak menggantung jawatan Mohammed secara rasmi. Namun hanya memberitahu untuk tidak mengimamkan solat lima waktu di masjid berikutan bimbang mungkin diserang.
Selain itu, pihak atasan masjid juga membawa panel ulama Islam untuk membuat keputusan mengenai isu itu kerana menerima kritikan dari jemaah Islam.
Oleh hal yang demikian, imam itu dikenakan tindakan selepas menyampaikan ucapan di hadapan sekumpulan individu muda. Individu ini yang menyanyikan God Save The King dan mengibar bendera Union Jacks.
Imam Mohammed Mahmoud
Di samping itu, Mohammed menjadi terkenal ketika menjadi imam di Masjid Finsbury Park di Masjid Finsbury Park di London Utara.
Pada 2017, Mohammed pernah menghalang sekumpulan perusuh daripada menyerang pemandu van. Darren Osborne telah merempuh jemaah masjid selepas solat Tarawih di London menyebabkan seorang terbunuh.
Mohammed telah menerima anugerah Officer of the Order of the British Empire (OBE) atas tindak balas terhadap serangan itu.
Pada 2019, Mohammed telah dilantik sebagai imam kanan di Masjid East London di Tower Hamlets antara tempat ibadat Islam terbesar di negara itu.
Pertikaian semasa itu timbul selepas beliau menjadi antara penceramah utama pada majlis memperingati Ratu Elizabeth II di Masjid Regent’s Park seminggu selepas kemangkatan baginda.
Kumpulan itu termasuk puluhan pelajar sekolah Islam yang menyanyikan lagu God Save The King sambil melambai bendera Union Jacks.
Hal ini menyebabkan rakaman video itu tular dalam media sosial dan menerima kecaman hebat daripada jemaah dan komuniti Islam.
Mohammed juga dikutuk oleh penganut Islam dalam beberapa kumpulan WhatsApp termasuk yang dikenali sebagai Our Tower Hamlets.
Ada segelintir menyindir sambil menggelar imam itu `pelawak’ manakala yang lain pula mendesak beliau dipecat segera.