Mesej Rahsia Bocor, Dadah Jenis Kokain Bernilai 5.8 Bilion Dirampas | Penguatkuasa Kastam Belgium telah berjaya merampas dadah jenis kokain bernilai hampir 1.4 bilion (RM5.8 bilion) di Antwerp. Kegiatan itu berjaya dikesan oleh pihak polis selepas mereka berjaya merungkai mesej rahsia yang dihantar oleh penyeludup.

Mesej Rahsia Bocor, Dadah Jenis Kokain Bernilai 5.8 Bilion Dirampas

Polis persekutuan telah berjaya membongkar kegiatan ini selepas siasatan selama dua tahun dilaksanakan. Jenayah ini merupakan sebuah jenayah yang terancang dengan 500 juta mesej telah dihantar melalui peranti Sky ECC yang dijual oleh firma berpangkalan di Kanada, sky Global.

Berdasarkan info daripada Pejabat Pendakwa Raya, sebanyak 27.64 tan kokain telah berjaya dirampas di Pelabuhan Antwerp ketika operasi tersebut dijalankan sejak 20 februari yang lalu. Termasuk 11 tan kokain dijumpai dalam sebuah kontena.

Rampasan kokain itu boleh dikaitkan secara langsung dengan kes Sky Ecc. Dengan itu ketua pegawai eksekutif dan rakan perniagaan Sky Global didakwa di Amerika Syarikat (AS) pada Mac lalu. Mereka ini didakwa atas pertuduhan membantu sindiket jenayah penyeludupan dadah.

Dalam siasatan itu menyaksikan 48 individu telah ditangkap. Selain daripada dadah, senjata, pakaian seragam polis dan juga wang tunai AS$1.4 juta (RM5.8 juta) merupakan antara yang dirampas dalam operasi itu.

Penyiasatan secara meluas terus dilakukan dan turut merangkumi beberapa negara yang lain antaranya adalah Perancis. Siasatan ini diperluaskan apabila lima individu telah ditahan pada penghujung mac yang lalu kerana menjual telefon bagi tujuan pengedaran dadah. telefon tersebut telah diubah suai aplikasinya bagi tujuan itu.

Data menunjukkan puluhan penghantaran dadah melalui pintasan komunikasi dilakukan sejak 20 februari yang lalu.

Sumber : Berita Harian

Share.

Leave A Reply