Mesir Anjur Perarakan Terbesar Pemindahan Mumia Firaun Di Kaherah

| April 3, 2021 | 0 Comments

Mesir Anjur Perarakan Terbesar Pemindahan Mumia Firaun Di Kaherah | Perarakan secara besar-besaran telah diadakan di Mesir bagi memindahkan 22 mumia diraja mesir  dari Muzium Mesir di Tahrir ke Muzium Tamadun Nasional Mesir di Fustat di Kaherah, baru-baru ini.

Mesir Anjur Perarakan Terbesar Pemindahan Mumia Firaun Di Kaherah

Perarakan bersejarah yang digelar ‘Perbarisan Emas Firaun’ itu telah disiar secara langsung kepada umum untuk melihat mumia tersebut dibawa menggunakan kenderaan berhias ala-ala Mesir Kuno. Ia juga melalui laluan sekitar bandar raya tersebut  serta dikawal ketat oleh pasukan keselamatan.

Media tempatan turut melaporkan laluan konvoi tersebut telah melalui jalan raya yang dipasang lampu serta sepanduk sehingga menjadi tarikan penduduk setempat di situ. 18 mumia raja serta empat mumia milik permaisuri yang sudah berusia kira-kira 3,000 tahun  telah dibawa berarak sejauh 7 kilometer sebelum tiba di muzium.

Proses pemindahan mumia tersebut dilaporkan berjalan mengikut barisan kronologi mumia berdasarkan tahun mereka berkuasa serta setiap satu darinya telah diletakkan di dalam sebuah kapsul yang berisi gas nitrogen serta kereta yang direka khas bagi memastikan keselamatan serta kelancaran perjalanan tersebut.

Presiden Mesir, Abdel Fattah al-sisi menerusi catatan beliau di laman sosial mengatakan proses tersebut menjadi bukti kebesaran tamadun yang unik serta memanjangkan lagi kedalam sejarah tersebut.

Beliau turut  berpendapat bahawa pergerakan mumia tersebut dari Muzium Mesir di Tahrir ke Muzium Tamadun Nasional Mesir di Fustat di Kaherah merupakan usaha bagi menarik pelancong asing untuk melancong ke Mesir setelah dikatakan jumlah pelancong merosot dari 13.1 juta pada 2019 kepada 3.5 juta tahun lalu.

Mumia tersebut bakal menjalani beberapa proses seperti proses pemulihan di makmal khas setelah tiba di Muzium Negara Tamadun Mesir selama 15 hari sebelum ia telah sedia dipamer kepada orang ramai bermula 18 April ini.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *