“Lama Sangat Doh Dok Gi Sekolah…” ‘Mowgli Malaysia’ Teruja Kembali Ke Sekolah| Sesi persekolah telah beberapa kali tergendendala disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang melanda negara. Namun Kementerian Pelajaran Malaysia tidak pernah mengabaikan pendidikan para pelajar Malaysia. Sesi pembelajaran diteruskan secara di atas talian. Namun begitu, kini sesi persekolah telah dibuka kembali secara berperingkat bagi mengawal penularan virus COVID-19.

"Lama Sangat Doh Dok Gi Sekolah..." 'Mowgli Malaysia' Teruja Kembali Ke Sekolah

Mowgli Malaysia‘ merupakan gelaran yang diberikan kepada pelajar tingkatan 3 yang pernah tular pada tahun 2019 menerusi gambar yang diambil oleh jurugambar tempatan. Nama sebenarnya adalah Muhammad Syukur Khamis, merupakan pelajar  Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin (SMKPM) di Terengganu.

Beliau merasa amat teruja untuk kembali ke sekolah dan merasai semula pengalaman belajar di sekolah setelah sekian lama. Muhammad Syukur akan memulakan sesi persekolahan beliau pada harini dan berada di tingkatan 3.

Menurut Muhammad Syukur, beliau sangat gembira kerana telah lama merindui suasana sesi pembelajaran bersama rakan-rakan. Tambah beliau juga, beliau telah lama tidak bertemu dengan rakan-rakan sejak sesi persekolahan secara bersemuka dihentikan buat seketika bagi mengawal penularan virus COVID-19.

Beliau tidak sabar untuk bertemu dengan rakan-rakan yang hanya berhubung melalui telefon bimbit sahaja. Guru yang mengajar juga hanya dapat berinteraksi melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sahaja. Syukur juga tidak sabar untuk melakukan aktiviti bersama rakan-rakannya.

Pelbagai persiapan telah dilakukan oleh Muhammad Syukur untuk memulakan sesi persekolahan sejak seminggu yang lalu. Antaranya adalah membeli pakaian seragam dan kelengkapan sekolah yang baru, serta memotong rambut. Semangat beliau untuk memulakan sesi persekolahan berkobar-kobar dalam diri.

Sepanjang tempoh sesi persekolahan secara bersemuka ditunda, Syukur banyak menghabiskan waktu untuk membantu bapanya iaitu Khamis Jusoh, 65 untuk menguruskan kerbau dan ternakan yang lain. Beliau akan memberikan makanan kepada setiap ternakan sebaik sahaja sesi PdPR selesai.

Kini sesi persekolahan telah bermula semula, maka beliau akan menumpukan sepenuh perhatian pada pembelajarannya. Beliau turut berharap agar sesi persekolahan dapat diteruskan seperti biasa dan tiada lagi halangan untuk ke sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana beliau lebih menggemari sesi pembelajaran secara bersemuka berbanding PdPR.

Sumber : Harian Metro

Share.

Leave A Reply