Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan gempa bumi berukuran 7.8 magnitud menggegarkan tenggara Turkiye  pada pukul 4.17 pagi (waktu tempatan) yang mengorbankan lebih 900 orang di Syria dan Turkiye ketika penduduk sedang lena tidur.

Puluhan bangunan dilaporkan runtuh termasuk kompleks-kompleks kerajaan. Gegaran dikatakan turut dirasai sejauh pulau Cyprus, Lubnan, Mesir dan Iraq.

Menurut pakar, mereka telah lama memberikan amaran bahawa gempa bumi dahsyat boleh memusnahkan ibu negara itu susulan pelbagai pembangunan tanpa langkah keselamatan. Laman Facebook MatGeo juga turut mengulas isu ini susulan seorang lelaki telah memberi gambaran awal mengenai bencana yang terjadi pada ketika ini. Akan tetapi, lelaki tersebut telah dituduh dan dilabel sebagai ahli nujum oleh orang ramai. Ulasan lanjut ada di bawah :

Tweet lelaki ini mengenai gempa bumi di selatan Turkiye, tiga hari lalu yang menjadi nyata, bukanlah dari sekadar tembakan yang kena sasarannya. Apa yang diterangkan adalah berdasarkan kajiannya tentang peristiwa yang berlaku pada tahun 115 dan 526 di kawasan itu sesudah berlaku kesejajaran planet-planet tertentu seperti yang berlaku beberapa hari lalu.

Namun beliau yang berkerja dengan Solar System Geomatry Survey (SSGEOS) dicap sebagai saintis pseudo oleh macam biasa, kebanyakan yang menolak kaitan fizik tatasurya kepada aktiviti perut bumi.

Bagi saya, sekiranya sesuatu kajian itu membawa bandingan dari zaman silam, bermakna kajiannya sudah agak mendalam kerana melibatkan sesuatu kitar. Jadi, tidak salah untuk menyebut ia mempunyai asas untuk diberi perhatian kerana ia bukan hasil nujum dan mimpi.

Apatah pula, ulasan beliau dibuat ketika berlaku gempa magnitud 4.4 di kawasan tersebut tiga hari lepas. Manakala berkait ramalannya dia hanya menyebut ‘lambat laun akan terjadi’. Kebiasaan gempa di Turki kerap terjadi di zon sesar utara negara tersebut. Maka tentulah bermulanya aktiviti di kawasan tersebut telah mencetus tweetnya yang bersandar kajiannya.

Kesimpulannya, kuasa Allah untuk mendatangkannya, seperti kuasa Allah jua yang memberi ilham tentang kedatangan gempa itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya melalui anggaran-anggaran dari sukatan pengetahuan yang tertentu.

Maka tidak pelik untuk pengkaji meramal sedemikian lalu terjadi. Kerana kerjanya mengkaji. Kecuali jika ia ramalan dan terjadi hasil tweet oleh orang awam yang apa pun dia tak peduli, satu benda pun dia tak mengerti.

May be an image of 1 person, map and text that says 'Frank Hoogerbeets @hogrbe Follow Sooner or later there will be a ~M 7.5 #earthquake in this region (South-Central Turkey, Jordan, Syria, Lebanon). #deprem CENTRAL TURKEY JORDAN-SYRIA REGION 2023-02-03 11:05:06 UTC source: SSGEOS www.asgeos.org 8:03 PM Feb 3, 2023 த 106.3K Reply Share Read 4.9K replies'

Ada juga pendapat bersepah di internet menyebut pelorotan kutub utara magnetik ke Siberia mengalih gerakan plet Afrika sedikit menyasar ke timur lalu menggerakkan bentukan geologi Cyprus yang terperosok ke celah antara bentukan Semenanjung Anatolia dan Semenanjung Arab.

Walaubagaimanapun, ia adalah hanya pendapat bersepah yang dikutip kerana boleh jadi, ia betul.

Peralihan kedudukan kutub utara magnetik juga adalah sebentuk kejadian berkitar.

May be an image of map, sky and text that says 'Istanbul Ankara Bursa'

Sumber : MatGeo

Share.

Leave A Reply