Misteri Mumia ‘Paderi Mesir’ Terjawab, Milik Perempuan Hamil |  Mumia yang disangka selama ini adalah milik seorang paderi di Mesir terjawab selepas ia disahkan adalah kepunyaan seorang wanita hamil yang berada pada trimester ketiga menurut seorang Saintis Poland, baru-baru ini.

Misteri Mumia 'Paderi Mesir' Terjawab, Milik Perempuan Hamil

Sainstis yang dikenali sebagai Marzena Ozarek-Szilke, iaitu seorang ahli antropologi di Warsaw Mummy Project telah menemui sesuatu seperti kaki kecil ketika memeriksa pelvis mumia tersebut semasa melakukan imbasan CT di Muzium Nasional.

Tambahnya, selepas menyedari sesuatu yang aneh, dia telah memanggil suaminya yang juga seorang ahli arkeologi yang turut terlibat dalam projek tersebut untuk melakukan pemeriksaan dan mengesahkan bahawa ia merupakan kaki sebelum mereka menyedari bahawa mumia tersebut milik seorang wanita.

Mumia tersebut dikatakan telah berada di negara Poland sejak kurun ke-19 selepas ia dikatakan milik seorang paderi Mesir yang dikenali sebagai Hor-Dehuti. Namun, penemuan baru ini telah dicatatkan ke dalam Journal of Archaeological Science selepas mengesahkan mayat mumia tersebut dimiliki oleh seorang wanita alam usia 20-an dan sedang hamil sekitar 26 dan 28 minggu.

Punca kematian wanita tersebut belum dapat dikenal pasti kata Marzena namun para saintis mengesyaki bahawa kehamilan wanita tersebut mungkin menjadi punca utama kematiannya.

Marzena mengulas bahawa sekiranya wanita tersebut berada pada zaman sekarang, sudah pasti dia serta kandungannya telah dapat diselamatkan melalui ubat serta teknologi perubatan moden yang terdapat pada masa kini kerana dahulunya tiada perubatan yang secanggih seperti sekarang.

Pihak saintis kini dilaporkan sedang menjalankan penyelidikan serta kajian yang lebih teliti berhubung punca kematian dan asbab kenapa mereka tidak membuang janin tersebut dari jasad milik ibu mumia terbabit.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply