Misteri Suara Aneh Di Rumah Profesor | Seorang penjelajah bandar menambah koleksi rakaman misteri suara apabila menemukan sebuah rumah terbiar. Milik seorang profesor yang dipercayai sudah meninggal dunia empat tahun lalu.

Misteri

Lapor Mirror bahawa kediaman terbiar terletak di Wales Utara itu. Dikatakan dipenuhi dengan barang-barang peribadi pemilik berkenaan termasuk rambut palsu, surat lama dan sejumlah besar buku.

Daniel Sims melakukan tinjauan di rumah terbiar itu bersama dua lagi penjelajah lain bernama Micky dan Razertwisted.

Sims yang dikenali dengan nama Beardedreality di YouTube, mendakwa mereka terdengar suara aneh ketika meninjau sekitar kediaman tersebut.

Menurut Sims, dia dan penjelajah lain juga dapat merasakan suasana pelik seolah-olah `tidak dapat dijelaskan’ semasa berada di dalam hartanah itu.

Beberapa gambar menyeramkan menunjukkan penemuan rambut palsu di salah satu bilik rumah itu dan sebuah kereta terbiar diparkir di garaj.

Sebuah kereta lama model Beatle yang berkarat dengan hanya dipandu kira-kira 9,656 kilometer (km) turut ditemukan di kediaman terbiar itu.

Selain itu, penjelajah tersebut turut menemukan beberapa gambar profesor itu dan kepingan surat termasuk dari rakan-rakannya yang mengucapkan terima kasih kerana menghadiri majlis perkahwinan dan dokumen berkaitan wasiat bapanya.

Sementara itu, Sims berkata, rumah terbiar tersebut milik wanita bernama Angela yang meninggal dunia pada 2019 namun individu berkenaan dikatakan sedang tinggal di sebuah pusat jagaan pada masa itu.

Wanita itu tidak mempunyai anak atau adik-beradik, jadi semua barang ini terbiar dalam rumah yang diwarisi daripada bapanya.

Mereka percaya kediaman itu ditinggalkan oleh pemiliknya sejak tahun 2015 atau 2016 namun rumah itu nampak seperti terbiar selama 20-30 tahun setelah melihat persekitarannya.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel Lain

(VIDEO) NASA Rakam Bunyi SERAM Di Lohong Hitam

(VIDEO) NASA Rakam Bunyi SERAM Di Lohong Hitam | Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan bunyi menakutkan yang berasal daripada sebuah lohong hitam (black hole) di gugusan galaksi, lapor akhbar The Sun semalam.

Melodi tersebut dikatakan amat menakutkan seperti yang dijangka daripada sesuatu yang sangat misteri.

NASA merakam audio tersebut menggunakan pelbagai gelombang bunyi dan data pintar.

DENGAR RAKAMAN BUNYI TERSEBUT :

“Terdapat salah faham sebelum ini dengan ramai yang menyatakan bahawa tiada sebarang bunyi di angkasa lepas kerana kebanyakan ruang adalah hampagas. Kita mengetahui bahawa gelombang bunyi tidak dapat dipindahkan melalui hampagas.

“Bagaimanapun, terdapat satu gugusan galaksi yang mengandungi banyak gas sehingga membolehkan kami merakam bunyi yang sebenar.

“Jadi, kami menguatkannya (bunyi) dan menggabung dengan sebilangan data lain untuk anda mendengar bunyi lohong hitam,” kata NASA menerusi Twitter.

Lohong hitam tersebut ditemui di bahagian tengah gugusan galaksi digelar Perseus.

Pada 2003, ahli-ahli astronomi menyedari bahawa gelombang tekanan yang dihasilkan oleh lohong hitam menghasilkan ombak dalam gas panas gugusan bintang tersebut. Ia dipercayai boleh diterjemah ke dalam nota bunyi.

Bagaimanapun, manusia tidak dapat mendengar bunyi tersebut. Justeru, pakar-pakar telah mengubahnya menerusi proses sonifikasi bagi menghasilkan bunyi aneh yang didedahkan tersebut.

“Bunyi itu didengari 144 kuadrilion dan 288 kuadrilion kali lebih kuat daripada frekuensi asalnya,” kata NASA.

Sumber : Kosmo

KHALIFAH MEDIA NETWORKS

Share.

Leave A Reply