Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dipercayai ‘turun padang’ bersama pasukan pertahanan dan rakyat Ukraine untuk menentang Rusia, setelah negara itu bertindak melancarkan serangan sejak beberapa hari lalu.

"Mungkin Ini Kali Terakhir Anda Lihat Saya Hidup.." Presiden Ukraine Rakam Dirinya Bersama Tentera

Zelenskyy juga sempat merakam dirinya bersama barisan pimpinan Ukraine yang lain di luar bangunan presiden di Kyiv dan kini dikatakan berada di bunker rahsia.

“Kami semua di sini. Tentera kita ada di sini. Rakyat ada di sini. Kami semua di sini mempertahankan kemerdekaan kami, negara kami, dan ia akan kekal seperti ini,” kata Zelenskyy yang turut bersama perdana menteri, ketua kakitangan dan pembantu kanannya yang lain.

Sebelumnya, Zelenskyy sempat mengingatkan para pemimpin Eropah, “Ini mungkin kali terakhir anda lihat saya hidup.” Perkara itu disampaikan Zelenskyy setelah presiden Rusia, Vladimir Putin mendakwa pasukan khas mereka sedang memburu Zelenskyy.

Menurut Daily Mail, Zelenskyy menyatakan bahawa banyak khabar angin yang mengatakan beliau telah meninggalkan Kyiv, namun Zelenskyy mendakwa masih di sana bersama rakyatnya.

“Saya tahu banyak salah faham dan khabar angin yang beredar, khususnya dakwaan saya telah meninggalkan Kyiv. Saya kekal di ibu negara, saya akan tetap bersama rakyat. Keluarga saya bukan pengkhianat, tetapi sebahagian rakyat Ukraine,” katanya.

Zelenskyy turut mendedahkan bahawa beliau kini adalah sasaran nombor satu Rusia di Kyiv, diikuti isteri dan anak-anaknya.

“Berdasarkan maklumat yang kami terima, musuh meletakkan saya sebagai target utama. Keluarga saya adalah sasaran kedua. Mereka mahu hancurkan politik Ukraine dengan ‘memusnahkan’ ketua negara,” ujar Zelenskyy.

Menurut perisik Britain dalam kenyataan bulan lepas, Rusia cuba menggulingkan kerajaan pimpinan Zelenskyy dan menggantikan beliau dengan pemimpin parti kecil yang menentang hasrat Ukraine menyertai NATO dan Kesatuan Eropah.

Memetik Daily Mail, pasukan khas Chechen Rusia didakwa telah dilepaskan untuk membunuh pegawai-pegawai Ukraine dan dilaporkan berada di kawasan hutan negara tersebut.

Sumber : SK

 

Share.

Leave A Reply