Musim Panas Sepanjang Tahun, Kini Gunung Sahara Diliputi Salji | Bahagian Barat Gurun Sahara dikatakan sedang diseliputi salji selepas daily mail melaporkan suhu telah menurun di bawah paras beku, baru-baru ini.
Lokasi itu yang terletak di luar bandar Ain Sefra iaitu salah satu tempat paling kering di dunia dikejutkan dengan kehadiran salji dan hablur-hablur ais.
Menurut Live Science, seorang jurugambar tempatan, Karim Bouchetata telah merakamkan cuaca luar biasa itu.
Ain Sefra terletak kira-kira 1,000 meter di atas paras laut dan berhampiran sempadan Algeria-Maghribi.
Walaupun suhu musim panas di rantau itu kerap melonjak melebihi 38 darjah Celsius, purata suhu dalam bulan Januari ialah 14 darjah Celsius, menurut Sky News.
Tompokan salji itu adalah kali kelima dalam tempoh 42 tahun dengan kejadian sebelumnya berlaku pada tahun 1979, 2016, 2018 dan 2021.
Ain Sefra juga dikenali sebagai The Gateway to the Desert difahamkan turut dikelilingi oleh Pergunungan Atlas.
Sumber: Daily Mail