Seorang pelajar darjah lima dari daerah Satuek, Thailand menarik perhatian orang ramai apabila dia dilaporkan telah menghadiri ke sekolah dengan menunggang gajah untuk menjimatkan kos bahan api, minyak petrol.
Wisanchol Yongram, 38 tahun telah mengesahkan laporan bahawa anak perempuannya, Pupae yang berusia 11 tahun menunggang gajah jantan yang berusia 25 tahun bernama Oleh ke sekolah menerusi video tular dimuat naik oleh @Ole FcThailand.
Selain itu, Encik Wisanchol juga berkata di rumahnya mempunyai empat ekor gajah termasuk Oleh.
Mereka turut mempunyai seekor lembu berusia 22 tahun yang diberi nama Wassan dan dua anak lembu, Ngamchok yang berusia empat tahun dan Ngamta berusia dua bulan.
Difahamkan, haiwan itu sebelum ini telah dijadikan haiwan pertunjukan kepada para pelancong di sebuah pusat pertunjukan gajah.
Namun, pandemik Covid-19 melanda yang memaksa keluarga ini membawa pulang semua haiwan ini ke Buri Ram.
Menurut Wisanchol, Pupae mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Oleh dan sering menghabiskan masa bersama gajah itu sejak dia kecil lagi.
Pupae sering memberi makan dan juga memandikannya malah telah menunggang Oleh sejak dia berusia enam tahun.
Pupae berkata dia dapat rasakan hubungan yang kuat antara dia dengan Ole.
Kanak-kanak ini juga bercita-cita untuk menjadi doktor haiwan apabila sudah dewasa untuk menjaga dan merawat gajah.
Dalam pada itu, dia juga menunggang gajah itu ke Sekolah Samrog Piman kira-kira 500 meter dari rumahnya.
Hal ini kerana keluarganya sedang cuba untuk berjimat cermat dalam penggunaan bahan api, petrol.
Dia juga mengakui rakan-rakan di sekolah terpegun pada awalnya apabila dia muncul sambil menunggang haiwan tersebut yang mempunyai ketinggian sehingga tiga meter.
Sumber: Siakap Keli