Nak Tahu Berapa Umur Korang Dalam Tahun Hijrah? Ini Caranya |KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Pernah tak korang terfikir mengenai umur korang dalam tahun hijrah? Macam mana nak tahu?

Nak Tahu Berapa Umur Korang Dalam Tahun Hijrah? Ini Caranya

Jangan risau, aplikasi yang dicipta oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini mungkin boleh membantu korang.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi, JAKIM memberikan panduan kepada orang ramai untuk menyemak umur dalam aplikasi Kalkulator Umur Miladi-Hijri melalui portal e-Falak JAKIM. Korang boleh klik DISINI.

Mudah saja, korang perlu masukkan tarikh lahir dan tekan TUKAR.

Nak Tahu Berapa Umur Korang Dalam Tahun Hijrah? Ini Caranya

Bila tekan TUKAR, korang akan tahu umur korang dalam Tahun Hijrah. Selamat mencuba.

Nak Tahu Berapa Umur Korang Dalam Tahun Hijrah? Ini Caranya

 

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.

Adakah hal ini benar? Adakah doa ini disunatkan untuk dibaca setelah umur kita genap 40 tahun dan adakah ia diamalkan oleh salafussoleh?

Ringkasan Jawapan:

Berdasarkan amalan salaf serta penjelasan para ulama tafsir, apabila kita mencapai umur 40 tahun, kita dianjurkan untuk membaca doa yang warid dalam ayat 15 surah al-Ahqaf tersebut, sebagai tanda syukur, insaf dan pengharapan. Namun tidak semestinya seseorang perlu menunggu umur mencecah 40 tahun, bahkan doa tersebut wajar untuk sentiasa dilazimi dalam setiap keadaan.

Menurut Imam Ibn Kathir, pada asalnya ayat ini menyeru kepada mereka yang telah mencapai umur 40 tahun untuk memperbaharui taubat kepada Allah SWT.[1] Sebahagian ulama lain pula menyebut bahawa ayat ini dianjurkan untuk dibaca sebagai doa tatkala umur mencapai 40 tahun, dan amalan ini ada diriwayatkan daripada golongan salaf.

Kesimpulannya, berdasarkan amalan salaf serta penjelasan para ulama tafsir, apabila kita mencapai umur 40 tahun, kita dianjurkan untuk membaca doa yang warid dalam ayat 15 surah al-Ahqaf tersebut. Namun tidak semestinya kita perlu menunggu umur mencecah 40 tahun, bahkan doa tersebut wajar untuk sentiasa dilazimi dalam setiap keadaan.

Sumber : JAKIM

Share.

Leave A Reply