Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin enggan mengulas dakwaan nama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiada dalam pangkalan data Jabatan Penjara Malaysia.

Nama Najib Tiada Dalam Data Penjara? 'Ini" Komen Menteri Dalam Negeri Kepada Umum..

Jelasnya, sebelum ini ada tahu ke pengkalan data? Kalau tidak tahu, macam mana ada dakwaan?

Katanya lagi, kalau bab dakwaan atau surat layang, usah dengar.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai persoalan yang ditimbulkan oleh warga maya kononnya nama Najib yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun tiada dalam pangkalan data Jabatan Penjara.

Sebelum ini timbul persoalan mengenai dakwaan nama Najib tidak dimasukkan dalam pangkalan data Jabatan Penjara Malaysia dan ditularkan di media sosial.

Nama Najib Tiada Dalam Data Penjara? 'Ini" Komen Menteri Dalam Negeri Kepada Umum..

Najib dihukum penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bersama denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply