Nasib Seorang Playboy | Assalamualaikum. Semenjak dua menjak ni famous pulak kes-kes playboy. Macam-macam la. Aku sebenarnya malas nak ambil tahu atau nak ambil kisah tentang artis ni. Ye la. Macam si BA dengan AS… Punya la kita bagi kata-kata semangat dekat BA untuk meneruskan hidup dan bangkit, tuptup… Hmmm malas nak teruskan…

Ambil ikhtibar dari kisah artis ni, aku nak cerita tentang kisah
keluarga aku sendiri. Keluarga terdekat aku iljuga la sebab kami
keluarga besar yang rapat. Ini tentang sepupu mak aku. Kita bagi nama
dia Ayah Su (bukan nama sebenar).

Ayah Su ni berperwatakan ceria, peramah dan dimata anak-anak sedara dia
ni memang seseorang yang senang dibawa bersembang. Kami semua anak-anak
sedara ni memang sayang dan pandang tinggi dekat Ayah Su.

Cuma Ayah Su ni ada satu perangai. Perangai playboy. Kami semua memang
dah tahu dah. Sebab dia memang jenis tak tahu malu. Tambah-tambah lepak
dua-dua tok dah meninggal.

Event family pun selamba je tinggal bini dan anak-anak dia. Lepas tu
bawa girlfriend. Puas dah sedara mara dan adik beradik nasihat. Tak jalan.

Pernah sekali isteri dia pernah serang rumah mak aku masa dia bawa
girlfriend dia ke rumah kami. Kami tak layan pun girlfriend dia tu. Mak
aku tak bagi salam pun.

Tapi sejak haritu Mak Su jauh hati dengan kami semua. Ye lah, tak boleh
salahkan dia jugak. Di mata dia kami macam bersubahat kan.

Satu masa, lepas Ayah Su bertukar-tukar girlfried dan dia rasa dia ni
kebal dan Mak Su tak kan buat apa-apa pun kat dia. Mak Su minta cerai.

Rupanya Mak Su tengah cari kekuatan nak berpisah. Cari tapak untuk buka
langkah. Kebetulan masa tu memang Ayah Su dah jumpa kononnya cinta hati
dan soulmate dia.

Ayah Su ceraikan Mak Su. Atas dasar tanggungjawab dan rasa bersalah, mak
aku dan kakak Ayah Su selalu melawat Mak Su. Hulur duit apa yang patut.

Alhamdulillah walau dia agak sesak tapi dia dapat la besarkan 4 orang
anak dia. 2 lelaki2 perempuan. Semua berjaya.

Mak Su mula-mula kelat juga dengan kami. Tapi lepas dia dah bercerai dia
dah tak kisah dah. Sebab bagi dia, masalah dia dengan Ayah Su dah
selesai. Malas nak gaduh-gaduh dengan orang lain.

Ayah Su pula kena tinggal dengan cinta hati dia. Dia masih macam tu
juga. Bertukar tukar girlfriend. Lagi suka bercerai sebab bebas.

Walaupun Ayah Su ni jenis orang yang bergaji besar juga, asset dia hanya
kereta dengan apartment. Lain-lain tabur dekat gaya hidup playboy dia.
Bercuti sana sini. Dengan anak-anak sekadar hulur duit bulan-bulan lepas
tu tunjuk muka.

Bab makan, pakai dan sekolah anak-anak Mak Su urus sendiri. Mak aku
selalu takut adik-adik aku ikut perangai Ayah Su.

Ye la, hidup nampak senang lenang. Tak de apa-apa komitmen. Happy go
lucky. Girlfriend bertukar tukar muka semua jenis lawa-lawa.

Dalam pandai Ayah Su ni ayat perempuan, ada seorang perempuan ni lagi
pandai dari Ayah Su. Habis duit Ayah Su kena kikis. Masa ni Ayah Su dah
55 dah. EPF dia tinggal baki-baki je.

Mujur la masih kerja dan kereta dengan rumah dah habis bayar. Lepas kes
ni dia dah slow down. Anak-anak dia pun lepas sorang sorang kahwin. Fast
forward 10 tahun iaitu sekarang.

Ayah Su kerap sakit-sakit. Lepas satu penyakit satu lagi hinggap. Dari
masalah darah tinggi ke kencing manis bawa ke buah pinggang sampai la
yang paling baru ni dia ada kanser hati. Ayah Su yang dulu tegap gagah
makin lama makin susut makin kecut.

Masa Ayah Su sakit memang anak-anak tak uruskan sangat. Sekadar hulur
duit dan jenguk-jenguk. Sama macam mana Ayah Su buat masa dia muda dulu.
Kakak Ayah Su la yang uruskan. Satu hari Mak Ngah aku iaitu kakak Ayah
Su cakap la kat anak-anak dia.

Nasihatkan tak baik berdendam dengan bapa dia, jawapan anak dia buat
semua orang tak dapat nak cakap apa. Mak Ngah dah tua. Suami dia pun
bukan sihat sangat. Anaka-anak ramai dah pindah. Tolong pun weekend je la.

“Mak Ngah, masa adik masuk hospital demam panas sampai seminggu mana
ayah?Masa abang nak register masuk belajar kat Perlis mana ayah? Masa
mama darah rendah mana ayah?

Banyak lagi abang boleh cerita Mak Ngah. Susah senang kami adik beradik
dengan mama. Abang boleh jaga ayah. Tapi memang sekadar melepaskan
tanggungjawab je la. Maaf cakap. Nak bagi kasih sayang macam Mak Ngah
jaga mungkin tak la. ”

Ayah Su duduk rumah anak dia Yie dua bulan. Lepas tu sibuk nak balik
rumah Mak Ngah. Katanya anak dia tinggal je dengan orang gaji.

Kerja dia dengan TV je. Lepas tu serabut dengan hiruk pikuk orang ada
anak kecik. Ye la, dia masa muda mana lekat kat rumah. Tau buat anak
pastu cari girlfriend.

Penyudahnya sekarang Ayah Su duduk dengan Mak Ngah semula. Yie dengan
adik beradik upah orang gaji untuk Ayah Su di rumah Mak Ngah. Sebulan
sekali datang jenguk hulur duit dekat Mak Ngah untuk keperluan Ayah Su
dan saguhati untuk Mak Ngah.

Ayah Su setiap hari merungut anak-anak tak boleh harap. Tak dapat jaga
dia. Bagi dia duit bulan2 tu kira dah bagus sangat la untuk anak2.

Kami sedara mara hela nafas dan geleng je la dengar rungutan dia. Dia
patut bersyukur walaupun tak ada belaian kasih sayang dari anak,
kebajikan dia tetap terjaga. Bukan di campak terus ke bawah jambatan
mana-mana.

Mak Su pula hidup senang. Nampak la usia dia dah tua. Makin sakit. Tapi
bahagia. Tiap kali check up di KK anak hantarkan. Anak ambil. Cukup masa
pergi bercuti. Umrah dah. Haji pun dah. Cucu semua sayang dia.

Macam mana dia selalu bersusah untuk senangkan anak dia, macam tu juga
la anak dia bersusah untuk senangkan dia. Hati dan perasaan dia adalah
keutamaan anak-anak dia. Allah berikan dia masa tua yang bahagia dan lapang.

Aku harap dalam hujung usia Ayah Su, dia sempat sedar kesilapan dia dan
minta maaf dengan anak2. Ataupun anak2 sendiri ampunkan dia dengan ikhlas.

Semoga Ayah Su sempat bertaubat dan pergi dengan tenang satu hari nanti.

– Awin (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Share.

Leave A Reply