Negara Arab menggesa Netflix menapis kandungan yang dianggap melanggar `ajaran dan nilai keagamaan masyarakat’ dalam semua filem yang disiarkan menerusi saluran hiburan itu.

Negara Arab Gesa Netflix Tapis Kandungan. "Ini' Sebabnya..

BBC melaporkan, kandungan seumpamanya harus ditapis terutama adegan membabitkan filem kanak-kanak yang ditayangkan baru-baru ini kerana didapati bercanggah dengan ajaran Islam.

Peringatan itu dikeluarkan oleh badan pemantau media Majlis Kerjasama Teluk dan Arab Saudi dalam satu kenyataan, namun mereka tidak memperincikan sebarang butiran lanjut.

Bagaimanapun, saluran televisyen kerajaan Arab Saudi memaparkan beberapa rakaman yang dikaburkan daripada rancangan animasi Jurassic World: Camp Cretaceous.

Rakaman itu antara lain menunjukkan adegan dua remaja perempuan mengaku saling mencintai dan bercumbu.

Jelasnya, merekasudah menghubungi Netflix untuk mengeluarkan semua kandungan seperti ini yang melanggar ajaran Islam.

Menurut kenyataan itu lagi, hal ini termasuk kandungan dalam filem kanak-kanak bagi memastikan pematuhan kepada undang-undang.

Tambah kenyataan itu, pihak berkuasa akan memantau pematuhan terhadap arahan berkenaan.

Malah, pihak berkenaan memberi amaran sekiranya kandungan yang bercanggah dengan ajaran Islam nilai masyarakat setempat itu masih ditayangkan, maka tindakan undang-undang akan diambil.

Sementara itu, rakaman daripada filem kontroversi Cuties juga dipaparkan dalam laporan saluran Al Ekhbariya TV, dengan petikan mendakwa Netflix bertindak sebagai `penyiar mesej tidak bermoral yang mengancam didikan kanak-kanak’.

Satu lagi video di laman sesawang Al Ekhbariya mendakwa saluran hiburan itu ‘mempromosikan hubungan seks sejenis’ dengan memberi tumpuan berlebihan kepada amalan songsang itu.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply