Nenek TERKEJUT Ular Tedung Atas Badan Ketika Bangun Tidur

| August 11, 2020 | 0 Comments

Nenek TERKEJUT Ular Tedung Atas Badan Ketika Bangun Tidur | Jakarta: Seorang nenek terperanjat apabila menyedari seekor ular tedung melingkar di atas badannya, sebaik dia terjaga daripada tidur.

Portal Kompas melaporkan pada kejadian di Jawa Barat, Indonesia itu, mangsa yang terkejut hanya mampu menjerit ketakutan bagi meminta pertolongan ahli keluarga.

Akibatnya, reptilia itu ‘menyembur’ dan bisanya terkena pada bahagian mata mangsa.

Susulan kejadian, ahli keluarga menghantar wanita itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Komander Bomba daerah Indramayu, Dedi Supriyadi berkata, ketika kejadian, ular tedung sepanjang satu meter itu melingkar di atas badan warga emas itu.

“Sebaik mangsa terkejut dan bergerak, ular itu menyemburkan bisanya menyebabkan mata wanita itu bengkak.

“Bagaimanapun, wanita itu pulih selepas menerima rawatan di hospital. Dia sudah dibenarkan pulang ke rumah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sepasukan anggota bomba dihantar ke rumah wanita itu.

“Ular berkenaan ditangkap ketika bersembunyi di bawah kerusi di rumah mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya berwaspada kerana reptilia itu biasanya gemar mencari tempat yang sejuk terutama ketika musim cuaca panas.

Sumber : HMetro

Category: SERAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *