Ngeri! Dituduh Rogol Anak Buah, Kemaluan Dipotong Dan Diberi Kepada Khinzir Hutan | Seorang lelaki telah berdepan dengan detik ngeri selepas dia dilaporkan telah berdepan dengan kekejaman dua orang lelaki selepas kemaluannya dikatakan telah dipotong lalu diberi makan kepada beberapa ekor khinzir hutan di Brazil, baru-baru ini.
Lelaki yang berusia 36 tahun tersebut dilaporkan cuba merogol anak buahnya yang berusia 20-an namun wanita tersebut telah berjaya melarikan diri sebelum dia dikatakan memberitahu ahli keluarganya yang lain berkenaan kejadian yang telah menimpa dirinya.
Setelah itu, lelaki tersebut telah diajak ke sebuah ladang oleh dua orang lelaki bagi memandulkan beberapa ekor khinzir hutan di tempat terbabit. Tanpa memikirkan perkara yang bakal menimpanya, dia pergi ke lokasi kejadian sebelum dia dilaporkan telah diserang seorang lelaki dipercayai teman lelaki perempuan terbabit bersama rakannya sehingga tidak sedarkan diri.
Kemaluan mangsa dikatakan telah dipotong dan dipercayai telah diberi kepada beberapa ekor khinzir hutan yang berkeliaran di kawasan tersebut. Selepas kejadian tersebut mangsa yang tersedar dari pengsan itu membawa dirinya ke Hospital Dr Gil Alves di Bocaiuva bagi mendapatkan rawatan atas kecederaan yang dihadapi.
Mangsa dilaporkan berjaya diselamatkan para doktor namun dikatakan kemaluannya tidak berjaya disambung semula selepas mangsa mengalami pendarahan yang teruk.
Menurut seorang pakar bedah Felipe Lobo menerusi media tempatan, insiden ini dilihat seperti kisah fiksyen kerana kemaluannya telah habis dipotong dan pihak doktor hanya mampu menghentikan pendarahan serta mengantikan darah selain dapat membersihkan luka.
Oleh kerana perempuan yang didakwa dirogol tidak membuat laporan polis maka, mangsa tidak boleh didakwa atas kesalahan tersebut. Dua orang suspek telah berjaya didakwa pihak polis dan berhadapan dengan tuduhan cubaan membunuh.
Mangsa kini masih menerima rawatan di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Sumber: Astro Awani