Ngeri! Dua Kenderaan ‘Terbenam’ Dalam Bumi Ketika Parkir Di Jalan Raya | Dua buah kenderaan dilaporkan dengan ‘dramatiknya’ telah ditelan ke dalam tanah selepas jalan raya tempat kenderaan tersebut diparkir secara tiba-tibanya terbentuk lubang dengan sendirinya di Rusia, baru-baru ini.
Menurut laporan Mirror, kejadian tersebut berlaku di sebatang jalan raya di Novosibirsk, iaitu bandar raya ketiga terbesar di negara itu.
Jurucakap polis berkata, lubang tersebut dikatakan terjadi disebabkan oleh salah satu paip air panas di bawah tanah telah pecah sehingga menyebabkan kenderaan jenis Toyota Corolla Spacio dan Nissan Juke yang diparkir di luar sebuah bangunan perniagaan tersebut terbenam ke dalam tanah.
Orang ramai yang terkejut melihat kejadian tersebut dikatakan mengerumuni tempat terbabit dan menurut seorang saksi yang berada di situ, kejadian tersebut dilihat agak mengerikan selepas melihat kedua-dua buah kenderaan tersebut tenggelam hampir separuh ke dalam lubang yang dipenuhi air panas.
Menurut laporan Mirror, punca sebenar berkaitan paip air panas yang pecah itu adalah tidak diketahui dan tiada mangsa yang mengalami kecederaan serius atau kematian.
Sumber: Mirror