Niat Lamar Kekasih Namun Lelaki Ini ‘Diberkas’ Polis, Rupanya Ini Yang Berlaku.. | Seorang lelaki di negeri Washington, Amerika Syarikat menggunakan kaedah unik untuk melamar pasangannya iaitu dengan berpakat bersama polis agar memberkasnya di hadapan wanita tersebut, lapor laman berita Times Now semalam.

Berdasarkan video yang tular, beberapa anggota polis daripada Jabatan Polis Whitman dilihat menghampiri pasangan itu di sebuah restoran sebelum menggari lelaki berkenaan.

Teman wanitanya yang terkejut, mengekori anggota polis bersama teman lelakinya untuk keluar dari premis tersebut.

Sejurus berada di luar restoran, lelaki berkenaan dilihat melutut di hadapan teman wanitanya lalu menghulurkan sebentuk cincin kepadanya.

Teman wanitanya bersetuju sebelum memeluk lelaki tersebut sambil diperhatikan oleh anggota polis sambil tersenyum.

Menurut Jabatan Polis Whitman, seorang anggota meminta mereka melakukan kejutan itu bagi pihak rakannya yang bernama Wayne.

Meskipun pada awalnya jabatan itu enggan bekerjasama, ia akhirnya membuat keputusan untuk membantu Wayne dalam proses lamaran tersebut.

Bagi mengelakkan sebarang isu berbangkit, penahanan palsu itu mendapat kelulusan daripada ketua jabatan polis.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply