Orang Asli Akui ‘Kes Acap Berbeza’.. Ini Yang Mereka Temui Semasa Membuat Carian | Khalifah Media Networks – SELAIN pasukan beruniform, sukarelawan, perawat kerohanian Islam dan ustaz, misi pencarian peserta larian Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohamad Ashraf Hasan turut dilakukan penduduk Orang Asli di sekitar kawasan berkenaan.

Orang Asli Akui 'Kes Acap Berbeza'.. Ini Yang Mereka Temui Semasa Membuat Carian

Beberapa lokasi hotspot seperti kawasan Gua Tempurung, Bukit Batu Putih, Gua Kandu dan sekitarnya sudah diredah beberapa kumpulan Orang Asli tetapi hakikatnya Mohamad Ashraf atau Acap tiada di situ.

Malah pada malam Selasa, Azri Amon, 36, dan seorang rakannya mencari di sepanjang laluan lebuh raya (PLUS) bagi membantu melengkapkan pemantauan pakar survival dan taktikal, Solo Ambush baru-baru ini.

“Semua tempat kami sudah masuk… kawasan 3, 4 dan 5 (tepi lebuh raya) bermula pukul 6.30 petang hinggalah selesai kira-kira pukul 10.15 malam, hasilnya kosong.

“Naluri kata Acap tiada di situ. Cuma semasa perjalanan ke lokasi 4 (berdekatan Sungai Jahang) kami terserempak dengan seekor harimau akar tapi ia lari bila nampak kami,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pada masa sama, Azri yang juga seorang juruteknik di Slim River memberitahu mereka tidak terdengar sebarang bisikan mahupun suara tetapi mengakui ada diganggu entiti atau makhluk halus.

“Ia berlaku di kawasan kami jumpa banyak cendawan di lokasi 4, macam ada orang baling kayu tapi tiada kelibat yang kami nampak.

“Ikut kepercayaan kami, ia semangat halus yang mengganggu ketika mencari ikan dan memburu pada waktu malam,” katanya.

Pulang dengan hampa

Selepas pencariannya gagal, Azri membuat kesimpulan kehilangan Acap suatu misteri hingga komuniti Orang Asli yang mahir selok belok hutan juga tidak dapat sebarang petunjuk mengenai kedudukan pemuda itu.

“Amat misteri sekali kerana tiada jejak langsung… tiada petunjuk. Sebelum ini ada kes orang sesat juga melibatkan peserta larian tapi sehari dah jumpa.

“Kes Acap berbeza. Saya harap usaha mencari dia diteruskan sehingga ditemui. Kami sudah cuba sedaya upaya,” katanya.

Orang Asli Akui 'Kes Acap Berbeza'.. Ini Yang Mereka Temui Semasa Membuat Carian

Misi pencarian Acap.

Atas alasan itu, Azri yang menetap di Kampung Orang Asli Sungai Peria turut berkongsi pandangan bahawa Acap mungkin tersasar ke kawasan Hutan Kinta.

“Ia sekadar analisis kami. Boleh jadi dia tersasar ke lokasi 5 yang ada laluan bawah lebuh raya di seberang ke arah Hutan Kinta.

“Dekat situ kawasan hutan tebal dan tiada line telco. Kalau di sekitar lokasi 1,2 (kawasan kampung dan kebun), 3,4 dan 5 (tepi lebuh raya) line telco kuat,” katanya.

Teori Acap sesat

Azri berpendapat Acap mungkin tersesat disebabkan mahu menggunakan jalan pintas untuk sampai ke garisan penamat dekat Gua Tempurung.

“Dia sesat sendiri. Ada dua faktor sebab dia nak short cut atau pandangannya untuk ke laluan sepatutnya telah dikaburi.

“Itu andaian saya. Lokasi 1,2,3,4 dan 5 ada jalan pintas kawasan kampung, boleh sampai ke Gua Tempurung. Laluan trail.

“Siapa yang tak pernah masuk agak keliru kerana ia jalan kebun durian, kelapa sawit dan getah orang kampung,” katanya.

Ketika ditanya mengapa tiada sebarang jejak atau barang milik mangsa ditinggalkan, Azri berpendapat Acap mungkin cuba mencari jalan keluar.

“Kawasan 1, 2, 3, 4 dan 5 dia sesat tapi dia tak fikir lagi nak tinggalkan jejak sebab dia mungkin tengah berusaha cari jalan keluar.

“Masuk hari ketiga hingga sekarang mungkin dia ada tinggalkan jejak tapi dia sudah berada di kawasan tengah hutan. Itu antara teori kami,” katanya.

Orang Asli Akui 'Kes Acap Berbeza'.. Ini Yang Mereka Temui Semasa Membuat Carian

Paparan skrin peta lokasi pencarian.

Namun lelaki suku kaum Semai itu berkata, Acap mungkin bernasib baik jika dapat menemui laluan balak yang membolehkannya sampai ke Tanah Rata, Cameron Highland.

“Jalan balak tu dari lokasi 5 (tepi highway) Gopeng boleh sampai ke kawasan Tanah Rata. Untuk jalan kaki ke Tanah Rata pula memakan masa hampir seminggu.

“Itu kalau dalam keadaan lemah. Kalau kuat ada spare makanan dalam empat hari boleh sampai. Kalau nak ke kampung berdekatan dari laluan balak tadi mungkin dalam 20 kilometer sebab lokasi sudah di tengah hutan,” katanya sekadar berkongsi pandangannya mengenai kehilangan Acap yang masuk hari ke-19 ini.

Menurut kepercayaan mereka, kata Azri, laluan di lokasi 5 tepi lebuh raya menuju ke Gua Tempurung merupakan kawasan ‘keras’ yang ada kaitan dengan alam mistik.

“Kadang-kadang di situ selalu terjadi kemalangan di lebuh raya. Penduduk di sini memang tahu mengenai perkampungan tersebut.

“Sebelum highway itu dibuat, tengah-tengah highway itulah rumah mereka. Bila dah buat jalan mereka pindah tepi tapi masih guna highway untuk menyeberang ke Gua Tempurung.

“Pernah orang kampung saya balik kerja waktu malam terlanggar seorang lelaki berjubah hijau. Bila dia berhenti tengok orang tu dah tak ada,” ceritanya lagi.

Kredit : MStar

Share.

2 Comments

  1. Fantastic items from you, man. I have take into account your stuff prior to and you’re
    simply too great. I actually like what you have bought here, certainly like
    what you’re saying and the way in which during
    which you say it. You are making it enjoyable and you continue
    to care for to stay it smart. I can not wait to read far more from
    you. That is really a great website.

Leave A Reply