Padah Ingkar PKP, 21 Ditahan Adakan Pesta Hari Jadi Di Pusat Hiburan | Seperti yang kita sedia maklum, negara pada ketika ini sedang dilanda wabak Covid-19. Penyakit seperti ini amatlh berbahaya kerana boleh membawa kepada kematian. Ekoran iti, kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat dari hari ke hari.

Padah Ingkar PKP, 21 Ditahan Adakan Pesta Hari Jadi Di Pusat Hiburan

Kota Kinabalu: Seramai 21 individu termasuk tujuh wanita yang sedang leka berpesta menyambut hari jadi di sebuah pusat hiburan di tingkat empat Kompleks Asia City, di sini, ditahan dalam Operasi Khas Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, malam tadi.

Operasi yang dilakukan kira-kira pada jam 10 malam itu hasil pemantauan Pasukan Pematuhan Khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, ketika serbuan, semua suspek sedang leka berhibur di sebuah bilik dengan bunyi muzik yang kuat. Katanya, mereka sedang berhibur di salah satu bilik di pusat hiburan ini dan polis ada sedikit halangan untuk masuk kerana mereka mengunci pintu dari dalam dan ada CCTV (kamera litar tertutup).

“Tetapi kita berjaya memecah pintu dan masuk dan menahan mereka. Hasil pemeriksaan, kita dapati seramai 21 individu iaitu 14 lelaki dan tujuh wanita sedang berhibur di satu bilik di tingkat empat,” katanya ketika ditemui media.

Mohd Zaidi berkata, semua mereka berusia 21 hingga 35 tahun termasuk pemilik pusat hiburan berkenaan ditahan dan dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP 3.0.

Beliau mengulas lanjut, tindakan kompaun ke atas pemilik premis kerana melanggar SOP beroperasi dalam tempoh PKP, kompaun berjumlah RM10,000, manakala 17 lagi dikompaun kerana melanggar SOP iaitu berada di tempat hiburan dalam tempoh PKP, denda RM1,500 setiap seorang.

“Tiga lagi warganegara asing ditahan dan siasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan penyakit merbahaya kepada awam,” katanya.

Menurutnya, hasil ujian air kencing juga mendapati empat lelaki dan empat wanita positif dan dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut. Bukan itu sahaja, siasatan mendapati semua antara mereka pada ketika itu sedang merayakan sambutan hari jadi salah seorang rakan mereka.

“Pemeriksaan lanjut mendapati lesen pusat hiburan berkenaan tamat tempoh sejak 2018,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran tegas kepada semua pemilik pusat hiburan di daerah ini untuk mematuhi SOP PKP 3.0 dan tidak beroperasi dalam tempoh PKP ini.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas mana – mana pemilik pusat hiburan yang cuba curi – curi beroperasi sebagai satu pengajaran kepada mereka,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply