Polis di India menahan seorang lelaki yang merupakan pengasas bersama laman web, AltNews kerana kelantangan dirinya mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Narendra Modi.

Padah KRITIK Perdana Menteri. Ini Yang Berlaku Pada Wartawan

Menurut BBC, Mohammed Zubair dituduh menghina kepercayaan beragama dalam Twitter.

Pemimpin pembangkang serta wartawan telah mengutuk penahanan tersebut.

Hal ini kerana, secara jelas kerajaan nasionalis Hindu cuba menghalang individu dengan alasan menyebarkan kata-kata berbaur penghinaan.

Baru-baru ini, Mohammed mengkritik ucapan jurucakap parti kerajaan Bharatiya Janata (BJP).

Jurucakap tersebut telah menghina Nabi Muhammad SAW semasa siaran debat di televisyen.

Ciapan lelaki itu tersebar meluas sehingga mencetuskan protes besar-besaran di beberapa negara Islam.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kenyataan yang dimuat naik oleh Mohammed menarik perhatian nasionalis Hindu.

Mereka menuntut dia didakwa kerana menyinggung perasaan penganut agama lain.

Mohammad ialah wartawan terkenal di India dan mengasaskan laman web tersebut bersama bekas jurutera, Pratik Sinha pada 2017.

Laman web tersebut menjadi terkenal dengan sangat cepat kerana usaha gigihnya memerangi maklumat salah dan berita palsu di negara ini.

Semakan fakta daripada AltNews sering dikongsikan oleh wartawan itu di Twitter yang mempunyai lebih setengah juta pengikut.

Minggu lalu, dia menyiarkan emel dari Twitter mengatakan laman media sosial itu menerima permintaan daripada pihak kerajaan yang mendakwa akaunnya melanggar undang-undang India.

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply