Padang Besar Mulai Meriah, Penduduk Perlis Mula Buat Persiapan Hari Raya| Hari Raya Aidilfitri  Rakyat Perlis kini mula membanjiri pekan Padang Besar yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand bagi melakukan persediaan sempena menyambut 1 Syawal yang bakal datang tidak lama lagi.

Padang Besar Mulai Meriah, Penduduk Perlis Mula Buat Persiapan Hari Raya

Menerusi tinjauan yang dilakukan oleh Bernama, kedai berdekatan, kompleks Padang Waremart Padang Besar dan Arked Niaga Padang Besar yang dilihat mula dipenuhi warga Perlis sejak awal Ramadhan selepas negeri tersebut telah ditukar status kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) namun sempadan negeri masih ditutup sejak Mac yang lalu.

Menurut pengunjung yang datang ke waremart berdekatan, suasana membeli-belah di kawasan terbabit menjadi pilihan kerana keadaannya selesa serta barangan yang dijual diperoleh dengan harga yang lebih murah dan berpatutan. Ada diantara mereka yang datang ke sini bagi membeli beras pulut untuk dijadikan ketupat yang terkenal sebagai hidangan wajib di hari perayaan.

Sesetengah pengunjung jugak berkongsi bahawa di padang besar, agak mudah untuk mendapatkan makanan ringan seperti kerepek, kacang serta keropok bagi dijadikan makanan sampingan di hari raya selain kuih raya kerana lebih murah serta sedap.

Menurut peniaga di padang besar, sejak awal ramadhan, kebanyakan warga Perlis sudah mula berkunjung bagi membuat persiapan hari raya serta hasil jualan juga mula meningkat dua kali ganda, berbanding sebelum ini iaitu ketika sebelum bulan Ramadhan.

Sumber: Bernama

Share.

Leave A Reply