Pajakan Tanah Langkawi: Dr Mahathir Bidas Najib, “Nothing To Hide” | Pertelingkahan antara dua bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak saban minggu telah memasuki episod baharu selepas kedua-dua pemimpin ini dilihat saling berbalas kenyataan.
Minggu sebelumnya, Najib telah menyatakan bahawa Dr Mahathir ‘membayar’ kerajaan untuk mendapatkan tanah tepi pantai seluas 24 hektar (34 ekar) di Langkawi untuk tempoh 60 tahun dengan harga pajakan RM3,200 setahun.
Manakala, baru-baru ini dr Mahathir pula dilihat membalas kenyataan tersebut dengan mengakui beliau telah memajak tanah tersebut namun menegaskan, pajakan dengan bayaran bukanlah hadiah, malah beliau tidak mendapat tanah itu secara percuma selain tiada diskaun ditawarkan.
Beliau juga menyebut bahawa tiada benda yang beliau dapat dengan percuma sebagai hadiah dari kerajaan Persekutuan atau negeri. Sebaliknya, kos sewaan dinaikkan berkali ganda sehingga saya serah balik kepada LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi), Langkawi.
Beliau turut memberitahu bahawa pelbagai usaha telah dilakukan seperti menternak kerbau, membuat keju, tanam sayuran namun ada yang berjaya dan ada yang tidak.
Jelas beliau lagi, yang ‘economically viable’ apabila sewa dinaikkan oleh LADA, beliau telah kembalikan pajakan pada pihak berkuasa.
Dalam entri terbaharunya itu, beliau turut menegaskan, kesediaannya untuk disiasat sekiranya pihak berkuasa mendapati wujudnya salah laku dalam dakwaan Ahli Parlimen Pekan itu.
Namun apabila penahanan terhadap beliau gagal, beliau mendakwa bahawa tukang masak beliau telah dilucutkan jawatan dan isterinya turut disoalsiasat bersama-sama anaknya oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri).
Namun, semua tekah dibayar mengikut undang-undang dan tidak timbul isu hutang cukai sampai berbilion jadi beliau dan keluarga tidak perlu meminta pelepasan pasport untuk ke luar negara, ujar Tun M dalam satu kenyataan.
Meskipun beliau tidak menyebut sebarang nama dalam tulisannya namun entri itu dipercayai ditujukan kepada Najib memandangkan beliau yang membangkitkan isu tersebut sebelum ini.
Tambah beliau lagi, tiada apa yang perlu disembunyikan, ‘nothing to hide’, dalam satu tulisan yang mengakhiri entri yang bertajuk ‘Antara Pajak dan Percuma’.
Sumber: Sinar Harian