Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Binatang pun sayang anak, inikan pula manusia. Begitulah nasib malang seorang bayi perempuan yang ditemukan dalam tong sampah dengan kesan darah dipercayai baharu dilahirkan.

'Pak Guard' Terkejut Jumpa Bayi Dalam Tong Sampah

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Adnan Md Yassin berkata. Bayi perempuan berkenaan ditemukan oleh seorang pengawal keselamatan di One Tebrau. Jalan Setanggi, Taman Seri Setanggi pada 1 Oktober lalu.

Beliau berkata, pelindung kanak-kanak JKM menerima panggilan kecemasan pada jam 3.50 petang pada hari berkenaan berkaitan penemuan bayi yang tidak dikenal pasti jantina.

Menurutnya, pegawai keselamatan berkenaan berasa curiga apabila mengesan objek yang bergerak di dalam tong sampah Roro dan mendapati ia adalah bayi.

“Pemeriksaan mendapati jantina bayi itu adalah perempuan, masih bertali pusat dan tidak memiliki uri dipercayai dipotong sendiri oleh ibu kandungnya.

“Malah tubuhnya agak kemerahan dan awalnya disangka kesan gigitan semut namun apabila diteliti ia didapati kesan baharu dilahirkan.

“Tiada sebarang dokumen berkaitan bayi mahupun ibunya ditemukan di lokasi berkenaan.

“Bayi berkenaan kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mendapatkan rawatan sesuai,” katanya menerusi siaran media hari ini.

Adnan berkata, bayi berkenaan dibenarkan keluar dari wad semalam dan ditempatkan di Rumah Perlindungan Kanak-kanak Johor menerusi subseksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001.

Menurutnya, bayi berkenaan dinamakan sebagai Lilyan Aleena dan kini berusia 12 hari.

“JKM ingin meminta bantuan orang ramai bagi mengesan waris bayi berkenaan yang kini dalam keadaan sihat.

“JKM berharap keluarga bayi berkenaan tampil bagi membincangkan masa depannya dengan secepat mungkin.

“Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian Pelindung kanak-kanak JKM, Zaid Ikhwan Lim di talian 07-2232606, 07-2232607 atau 0111-7535394,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Share.

Leave A Reply