Menteri Besar Amirudin Shari tidak membuat permintaan kepada Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun ini.

Setiausaha Sultan Dedah MB Selangor Tak Minta Untuk Bubar DUN

Sebaliknya beliau berhasrat untuk meneruskan pentadbiran kerajaan negeri, kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Muhamad Munir Bani

“Kenyataan di akhbar dan juga media sosial berhubung dengan keputusan kerajaan negeri Selangor untuk tidak membubarkan Dewan Negeri Selangor bagi mengadakan pilihan raya pada tahun ini, didapati terdapat beberapa kenyataan yang kurang tepat.

“Sebenarnya pada 11 Okt yang lalu menteri besar Selangor tidak membuat permintaan kepada Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Negeri Selangor pada tahun ini dan berhasrat untuk meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Amirudin dilaporkan berkata, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan agar pentadbiran kerajaan Selangor dikekalkan.

Amirudin berkata, Tuanku berkenan agar pentadbiran ini diteruskan supaya dapat memfokuskan usaha menjamin kesejahteraan rakyat Selangor.

Pada 10 Okt lalu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membuka laluan kepada PRU15. Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran.

Sebelum itu, Pengerusi PH Anwar Ibrahim, berkata tiga negeri PH iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang termasuk Selangor tidak akan membubarkan DUN jika PRU15 diadakan tahun ini seperti diputuskan dalam mesyuarat majlis presiden gabungan itu.

Sumber : FMT

Share.

Leave A Reply