Pakar Bedah Berjaya Buat Pemindahan Jantung Khinzir Kepada Manusia | Seorang lelaki warga Amerika Syarikat yang menghidapi penyakit jantung dilaporkan telah menerima jantung khinzir yang diubah suai secara genetik menerusi pembedahan pertama seumpanya di dunia.

Pakar Bedah Berjaya Buat Pemindahan Jantung Khinzir Kepada Manusia

Memetik laporan The Guardian, pasukan doktor pada Isnin berkata, pesakit itu kini dalam keadaan stabil tiga hari selepas pembedahan dijalankan.

Pembedahan tersebut yang dijalankan oleh pasukan perubatan di Universiti Perubatan Maryland adalah yang pertama kali dilakukan menggunakan kaedah pemindahan jantung khinzir kepada manusia.

Ia sekali gus merekodkan kejayaan pertama dalam bidang tersebut yang memungkinan pembedahan pemindahan organ kaedah baharu.

Sekiranya ia terbukti berkesan, para saintis berharap organ khinzir dapat mengurangkan isu kekurangan bekalan organ yang didermakan, menurut laporan The Guardian.

Dalam satu kenyataan, Dr Bartley Griffith, antara doktor yang turut serta dalam pembedahan tersebut berkata, ini adalah pembedahan luar biasa.

Jelasnya, ini merupakan pembedahan luar biasa dan membawa kita kepada satu lagi usaha lebih pantas untuk mengurangkan masalah kekurangan bekalan organ yang didermakan.

Tambahnya, mereka (pihak hospital) tidak mempunyai bekalan organ yang mencukupi terutamanya jantung manusia untuk diberikan kepada pesakit yang amat memerlukan.

Oleh itu, mereka dilaporkan sedang memantau rapi pembedahan ini, namun mereka juga optimis pembedahan seumpanya, yang pertama kali dilakukan ini, akan membuahkan pilihan baharu buat pesakit pada masa akan datang.

Difahamkan, pesakit yang menerima jantung khinzir itu dikenali sebagai David Bennter dari Maryland, 57, yang terpaksa akur dengan keputusan pembedahan tersebut memandangkan ia adalah pilihan terakhir buat dirinya.

Ujarnya, sama ada dia mati atau melakukan pemindahan jantung ini. Dia mahu meneruskan kehidupan walaupun ia merupakan peluang yang agak tipis, tapi ini adalah pilihan terakhir buat dirinya.

Untuk rekod, pembedahan ini turut diluluskan secara kecemasan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Sumber: The Guardian

Share.

Leave A Reply