Pakatan Nasional – Ini Tindakan Mufti KL Malam Tadi Buat Ramai Terharu.| Dalam kemelut politik negara yang berlaku sekarang, pelbagai spekulasi yang dimainkan oleh media dan netizen membuatkan rakyat Malaysia makin ternanti-nanti dengan apa yang akan berlaku seterusnya. Di tengah keresahan rakyat Malaysia dalam isu ini, inilah tindakan Mufti KL yang buat ramai rakyat Malaysia terharu.

Datuk Dr. Zulkifli al-Bakry telah mengadakan solat hajat semalam untuk mendoakan keamanan dan kesejahteraan negara ini

Desas-desus pertukaran landskap politik baharu negara dalam masa terdekat telah berlegar sejak beberapa hari ini.

Dakwaan tersebut dikuatkan lagi dengan pertemuan beberapa parti politik dan pembangkang dalam mesyuarat tertutup yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya sejak pagi semalam.

Namun, semuanya belum terjawab sehingga ke hari ini sekaligus menimbulkan pertanyaan rakyat yang ternanti-nantikan adakah sejarah perubahan kerajaan baharu bakal tercipta.
Solat hajat untuk keamanan Malaysia

Dalam kemelut yang melanda, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli al-Bakry telah mengadakan solat hajat semalam untuk mendoakan keamanan dan kesejahteraan negara ini.

Menerusi posting yang dimuatnaik di Instagram, solat hajat yang diketuai oleh Mufti itu dilakukan selepas beliau memberikan kuliah di Bangi, Selangor. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai netizen yang turut sama-sama mendoakan agar negara dipelihara dari segala ancaman dan bahaya.

Sehingga hari ini rakyat masih lagi ternanti-nanti keputusan adakah wujudnya kerajaan Pakatan Nasional?

Sumber : Siakapkeli

Share.

Leave A Reply