3 Tempat Makan Tengahari Best di Bayan Lepas, Penang | Masuk tengahari ja mesti perut bunyi. Macam tahu-tahu ja tengah lapar. Ha, tempat makan best kat mana yang boleh cari di Bayan Lepas, Penang ni? Mesti nak cari makanan yang sedap-sedap ja.

Jangan risau, kat sini kami senaraikan tiga tempat makan tengahari yang best dekat Bayan Lepas, Penang yang membuatkan lagi perut anda berkeroncong. Jom usha-usha.

1. Nasi 7 Benua @ Koo Boo Café

Tempat makan best tengahari yang paling sempoi untuk hampa makan di Koo Boo Café. Tujuh jenis nasi digabungkan di dalam satu hidangan iaitu, nasi putih, nasi lemuni, nasi minyak, nasi hujan panas, nasi lemak, nasi tomato, dan nasi kacang. Bila tengok pinggan penuh warna-warni baru ada selera nak makan kan?

Koo Boo Café juga meyediakan 25 jenis lauk-pauk untuk dimakan bersama nasi 7 benua. Harganya bergantung kepada jenis lauk yang dipilih. Memang meyelerakan dan sesuai untuk seisi keluarga. Hampa kena mai awai kalau tak mau kena beratur.

Terliur kan? Jom ajak sedara-sedara suma pakat mai makan dekat Nasi 7 Benua @ Koo Boo Cafe ni. Lokasinya dekat Taman Tunas Muda, 11900 Penang Bayan Lepas. Untuk info lanjut bolehlah hubungi depa di talian 017-439 7617.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/KooboCafe/

2. Cargas Cafe

Menu Nasi Kandar yang sedap di Penang. Dekat sangat dengan Airport Bayan Lepas. Kalau siapa-siapa yang baru turun dekat Airport Bayan Lepas waktu tengahari rembang tu, laju-laju la p makan dekat Cargas Cafe. Cargas Cafe ni ada meyajikan menu ulam-ulaman dan sambal belacan. Jadi, bagi siapa yang mahukan selera kampung tu, boleh la mai cuba.

 Menu ayam goreng di sini memang laku keras.  Karinya yang sedap mempunyai kekuatan rempah yang sedang-sedang sahaja. Memang sesuai untuk kanak-kanak yang payah nak makan nasi. Ruang makan yang sangat besar dan selesa untuk santapan beramai-ramai. Kadang-kadang pukul 10-11 pagi sudah ada orang yang beratur panjang.

Memang menaikkan selera betul. Yang mana yang teringin nak pi tu, ni alamat dia, 978 Jalan Bayan Lepas Bayan Lepas, 11900 Bayan Lepas. Untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi di talian 012-426 1169.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pages/Cargas-Cafe/132775603449373?ref=br_rs

3. Original Penang Kayu Nasi Kandar

Kalau rasa-rasa Cargas Cafe tidak begitu memuaskan selera anda, bolehlah makan di Original Penang Kayu Nasi Kandar. Restoran yang sangat terkenal sama macam restoran nasi kandar yang lain, menu yang membuatkan pelanggan rambang mata nak pilih iaitu ayam madu ,ayam goreng crispy dan tidak lupa juga kari.

Original Penang Kayu Nasi Kandar juga ada menyediakan menu sampingan seperti roti canai, murtabak dan cheese nan. Memang kenyang sampai nak pecah perut la waktu makan tengahari hampa. Restorannya luas dan sangat selesa untuk keluarga yang mempunyai ramai anak-anak kecil.

Ha, amacam? Mesti terbayang-bayang kan? Tunggu apa lagi, jom la pi makan. Lokasi Original Penang Kayu Nasi Kandar adalah dekat 15, Lebuh Nipah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. Untuk informasi lain, boleh telefon 03-7877 4777.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/OriginalKayu/

Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengahari best untuk korang di Penang ini. Habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.

Share.

Leave A Reply