Pakistan: Lelaki Dibunuh Gara-Gara Didakwa Hina Agama | Polis dilaporkan telah menahan 13 suspek dan beberapa individu lain selepas mereka dikatakan terlibat dalam satu kes pembunuhan melibatkan seorang pekerja di sebuah kilang peralatan sukan di timur Pakistan, baru-baru ini.
Ia susulan mangsa yang dikenali sebagai Priyantha Kumara, didakwa telah menghina agama Islam melalui poster yang tertera nama Nabi Muhammad.
Kumpulan yang terlibat dalam kejadian tersebut dikhabarkan telah menangkap mangsa sebelum membunuhnya, serta membakar mayatnya secara terbuka di daerah Sialkot dalam wilayah Punjab pada Jumaat, baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Punjab, Rao Sardar dalam laporan awalnya berkata, suspek utama dikhabarkan dalam kejadian terbabit telah menghasut pekerja lain untuk menyerang Priyantha yang juga merupakan pengurus kilang berkenaan.
Dia bagaimanapun antara suspek yang telah berjaya ditahan polis ketika ini.
Sumber: Astro Awani