Pandang Negatif Pesakit Covid-19. Ini SERUAN Dari KKM Pada Semua

| April 13, 2020 | 0 Comments

Pandang Negatif Pesakit Covid-19. Ini SERUAN Dari KKM Pada Semua | Jika dilihat, jumlah kes COVID-19 di Malaysia telah mencecah kepada 4,683 kes. Hal ini perlu diambil serius seluruh rakyat Malaysia dalam mencegah virus daripada terus merebak.

Dalam pada itu, mungkin ada segelintir daripada kita yang berpandangan negatif kepada pesakit-pesakit yang dijangkiti.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham, masyarakat seharusnya perlu mengelakkan perasaan itu terhadap pesakit COVID-19 dan keluarga mereka. Mereka pastinya tidak mengkehendaki perkara itu terjadi.

“Masyarakat diseru mengelak daripada mempersalahkan atau diskriminasi pesakit atau kumpulan yang dikaitkan dengan kluster jangkitan COVID-19,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham .

“Janganlah kita stigmakan mereka. Yang penting adalah kita menyokong usaha-usaha yang dilakukan KKM dalam merawat mereka, ahli keluarga dan kontak mereka,” tambahnya lagi.

Tweet oleh KKM itu juga dipersetujui oleh para pengguna Twitter yang lain.

Gambar: Twitter
Gambar: Twitter
Gambar: Twitter

KKM juga mengingatkan orang ramai untuk sentiasa memberikan sokongan kepada para pesakit COVID-19 ini. Ianya kerana sokongan daripada masyarakat sebenarnya mampu untuk meningkatkan semangat positif para pesakit agar mereka cepat sembuh daripada wabak COVID-19.

Sumber: KKM Via Siakapkeli

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *