(Video) 40 Ambulan Terpaksa Beratur 15 Jam Bawa Pesakit Covid-19 Ke Hospital

| April 12, 2020 | 0 Comments

(Video) 40 Ambulan Terpaksa Beratur 15 Jam Bawa Pesakit Covid-19 Ke Hospital | Satu video menunjukkan barisan panjang ambulan di luar hospital Moscow mengejutkan orang ramai selepas darurat diisytihar.

Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurang 45 buah ambulans membawa pesakit Covid-19 berbaris menunggu ‘giliran’ masuk ke hospital.

Lebih menyedihkan, pesakit terpaksa menunggu sehingga 15 jam untuk bertemu pakar.  Hal ini berlaku sebaik sahaja Kremlin mengisytiharkan darurat.

Dalam satu video yang dirakam penduduk setempat, dia memberitahu, “Semua yang berada didalam ambulan ini membawa pesakit coronavirus.

“Itu hospital berlawanan tempat saya, dan itu pula barisan ambulan.

“Cuba bayangkan, setiap pesakit yang dirawat mengambil masa lebih kurang 20 minit. Ambulan terlalu banyak.”

Moscow dan rantau lain ketika ini sedang dalam perintah berkurung hampir dua minggu, namun hospital kini berada dalam keadaan yang sangat sesak.

“Situasi di Moscow dan St. Petersburg agak tertekan dengan jumlah pesakit yang semakin bertambah,” kata jurucakap Dmitry Peskov dalam satu temubual di stesen televisyen tempatan.

Sumber : Daily UK Via Siakapkeli

Tags: , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *