PANDUAN TERBAIK BUAT ANDA YANG INGIN BERCUTI KE KUNDASANG, SABAH

| July 12, 2020 | 0 Comments

Panduan Terbaik Buat Anda Yang Ingin Bercuti Ke Kundasang Sabah | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Siapa tidak suka Sabah kan. Negeri yang bagi min sangat tenang. Lagi-lagi Kundasang, sungguh tenang dan nyaman. Kundasang merupakan kawasan tanah tinggi yang sejuk. Jom min kongsikan panduan awal untuk bercuti ke Kundasang.

Berikut merupakan panduan yang anda boleh ikuti:

1. Ambil Flight Awal

Sesiapa yang bercadang terus ke Kundasang, disarankan untuk ambil penerbangan awal ke Kota Kinabalu samada pagi atau tengah hari atau awal petang. Sekiranya penerbangan ke Kota Kinabalu lewat petang atau malam sebaiknya anda bermalam di Kota Kinabalu dulu, keesokan paginya baru bergerak ke Kundasang.

2. Perjalanan 2 Jam

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa kira-kira 2 jam. Anda akan melalui beberapa fasa jalan iaitu yang pertama fasa jalan lurus dari ke Kota Kinabalu ke Tuaran dan Tamparuli. Kemudian selepas melepasi Tamparuli, barulah anda akan melalui jalan fasa 2 iaitu fasa jalan berbukit-bukit hingga sampai ke Kundasang. Sila guna waze ke Kundasang sebab signboard ke sana tak banyak. Kalau jumpa signboard pun tulis ke Ranau, boleh ikut juga sebab Ranau terletak selepas Kundasang. Biasanya jalan berbukit mulai gelap berkabus dalam jam 5.30 petang hingga 6.00 petang. Anda tidak digalakkan untuk memandu kepada mereka yag tidak biasa melaluinya sebab berbahaya.

3. Isi Minyak di Kota Kinabalu

Kalau ada yang nak isi minyak ke cucuk duit di ATM ke solat atau beli makanan bekal sila beli siap-siap di Kota Kinabalu. Ia disebabkan oleh susah untuk jumpa stesen minyak dalam perjalanan. Kalau terlupa jangan risau, stesen minyak terakhir berada di sebelah Rumah Terbalik Tamparuli. Kalau terlupa juga, stesen minyak ada di kawasan Ranau, 20 minit perjalanan dari pekan Kundasang.

4. Tarikan Dalam Perjalanan

Apabila melalui kawasan Tamparuli bolehlah singgah di Rumah Terbalik Tamparuli dan 3D Wonder Museum betul-betul berada di tepi jalan sebelah kiri. Kalau nak singgah Jambatan Tamparuli kena pergi ke arah pekan. Terpulang kepada anda nak pergi ke tempat-tempat menarik ini masa perjalanan atau singgah semasa dalam perjalanan pulang nanti.

5. Peringatan Untuk Muslim

Selepas simpang Tamparuli nak ke Kundasang ada beberapa gerai tepi jalan di sebelah kiri dan kanan. Tak perlu susah-susah anda nak singgah ye, ia kerana gerai-gerai yang terdapat di situ menjual sinalau bakas ataupun babi hutan salai. Sila teruskan perjalanan anda.

6. Tempat Tarikan di Kundasang

Tempat-tempat tarikan ini jaraknya jauh-jauh sedikit. Sebelum sampai Kundasang akan melalui Pekan Nabalu. Anda boleh singgah di Pekan Nabalu untuk beli cenderahati yang dijual murah-murah di sana berbanding Kota Kinabalu. Terus lagi anda akan jumpa Kinabalu Park (starting point untuk hiking Gunung Kinabalu). Terus lagi sampai jumpa roundabout sayur kobis, di situlah Pekan Kundasang. Anda boleh pergi ke Desa Dairy Farm, War Memorial dan lain-lain tempat. Jangan lupa singgah di Masjid Kundasang atas bukit dan juga gerai-gerai jual sayur, buah-buahan murah di kawasan pekan Kundasang.

7. Kedai Makan

Tak banyak kedai makan yang ada di Kundasang. Ada yang suka makan fast food, terdapat KFC di kawasan pekan tersebut. Kalau nak cari tempat makan, di kawasan roundabout kobis tu terdapat kedai makan di sebelah kanan jalan. Order masakan panas memang kena sangat dengan cuaca sejuk Kundasang. Ohh ya, pastikan anda tak lupa untuk mencuba chicken wing dan buntut ayam yang dijual disebelah kedai makan tersebut. Terangkat.

8. View Gunung Cantik

Jauh-jauh datang Kundasang mestilah nak tengok pemandangan Gunung Kinabalu kan. Gunung Kinabalu akan jelas kelihatan bermula jam 6 pagi sehingga 10 pagi. Lebih kurang jam 11 pagi, gunung mulai dilitupi kabus. Tidurlah di Kundasang satu atau dua malam kalau tak mahu terlepas peluang keemasan ini. Ada banyak pilihan hotel, homestay dan resort untuk anda pilih dan booking. Pastikan tempah awal sekiranya anda pergi pada musim cuti sekolah. Sangat mengujakan bila bangun pagi-pagi dalam kesejukan dapat tengok pemandangan Gunung Kinabalu. Sungguh cantik dan anda pasti jatuh cinta dengan pemandangan tersebut. Kundasang sangat sejuk, masuk jam 7 malam, anda akan mula rasa kesejukan. Pastikan anda menyediakan baju tebal.

9. Desa Dairy Farm

Tengok orang memuat naik gambar-gambar di Desa Dairy Farm cantik-cantik dengan latar belakang Gunung Kinabalu, dengan ladang menghijau, dengan lembu-lembu yang comel. Tapi bila pergi nampak kabus, tak nampak gunung pun. Tipsnya pergi ke sana sebelum jam 10 pagi. Bila Desa Dairy Farm buka jam 8 pagi tu pastikan sudah ada di sana. Nikmatilah pemandangan di sana puas. Jangan lupa minum susu fresh yang amat sedap. Aiskrim pun sedap walaupun keadaan sejuk.

10. Tempat tarikan Ranau

Apa yang ada di Ranau? Di situlah ada Poring Hotspring (kolam air panas, canopy walk dan lain-lain), Sabah Tea Garden, Fish Massage Kg Luanti. Kundasang ke Ranau mengambil masa 20 minit perjalanan. Sila isi minyak siap-siap di Petronas Ranau. Tempat makan pun lebih banyak pilihan di Ranau. Dari Kundasang ke Poring mengambil masa 40 ke 45 minit. Dari Kundasang ke sabah Tea dalam 1 jam. Betul-betul di sabah Tea terdapat Fish Massage. Tapi pastikan jangan terlepas jalan pula, kalau terlepas memang sampai Sandakan la anda semua.

Dah selesai pusing Kundasang, sebelum balik anda boleh pusing-pusing di Kota Kinabalu dulu. Membeli belah di Kota Kinabalu.

Selamat Bercuti

 

Sumber: LIBUR

Tags: , , , , ,

Category: TIPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *