TIPS MEMILIH LOKASI HOTEL

| July 12, 2020 | 0 Comments

Tips Memilih Lokasi Hotel | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mungkin dah ramai yang merancang percutian, selepas diumumkan aktiviti pelancongan dah dibuka dan dibenarkan untuk melancong walaupun hanya di dalam negeri sahaja. Selepas perintah kawalan pergerakan selama 3 bulan lebih, mesti anda pun dah tak sabar-sabar. Tapi sebelum bercuti tu mesti anda akan buat survey dulu tentang hotel, penerbangan dan tempat-tempat yang menarik. Jom ikuti tips yang min kongsikan tentang seorang bro ni berkongsi panduan untuk anda memilih lokasi hotel.

Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum kita membuat keputusan untuk memilih lokasi hotel;

Siapa yang akan ikut kita melancong?

Sebelum pergi kita memang dah tahu kan siapa yang akan ikut kita melancong, samada seorang diri, bersama keluarga, bersama anak-anak yang masih kecil ka, atau bersama kawan-kawan. Ini penting kerana bukan semua tempat yang disyorkan sesuai dengan citarasa masing-masing. Sebagai contoh tempat yang disyorkan untuk pengembara seorang diri mungkin tidak sesuai untuk mereka yang bersama keluarga dan anak kecil, begitu juga sebalik nya.

 

Tujuan lawatan atau aktiviti

Selepas itu kenal pasti apakah tujuan lawatan tersebut. Ada orang pergi melancong sambil nak bershopping sakan, ada yang melancong nak tenangkan jiwa dan minda, ada juga yang ingin melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung, berkayak dan sebagainya. Kalau kita dah tahu tujuan kita senang kita nak pilih di lokasi mana nak tinggal.

 

Tempat yang ingin dilawati

Bahagian ni tak kurang pentingnya juga. Selepas kita kenal pasti tujuan lawatan, kita dah target tempat mana yang kita nak kunjungi. Sebagai contoh tujuan kita nak shopping, so pasti kita akan pergi ke area di mana tempat shopping yang best dan kerap dikunjungi pelancong. Atau mungkin kita nak melawat tempat-tempat bersejarah, muzium, zoo dan sebagainya.

 

Kemudahan pengangkutan

Kalau tempat yang ada subway, biasanya saya sekeluarga akan menggunakan subway sebagai medium pengangkutan utama. Oleh itu kena kenal pasti terlebih dahulu bagaimana kemudahan pengangkutan di destinasi yang anda akan kunjungi. Ini bagi mengelakkan kita terperangkap agak lama di dalam kesesakan jalan raya, nanti tak sempat pula nak kunjungi tempat yang telah kita rancang, rugi la pula kan

 

Hotel Fasiliti / Kemudahan Hotel

Yang ini pun kena ambil kira juga sesuai dengan keperluan kita. Samada kita nak tinggal kat hotel yang ada sarapan, kolam renang, dobi, gym, transfer ke airpot atau pusat membeli belah, spa dan sebagainya. Tapi kalau kita tak perlukan semua tu, asal ada tempat untuk tidur senang sikit la kan.

 

Sumber makanan

Oh ya, bagi rakan-rakan yang beragama Islam, sumber makanan halal juga sangat penting dan kalau boleh biarlah restoran atau kedai-kedai makanan ni berdekatan dengan hotel kita tinggal, manalah tahu tiba-tiba lapar tengah malam senang juga nak cari makanan.

 

Budget

Last sekali baru fikir tentang budget, kenapa saya kata budget last sekali? Sebab kita boleh pilih hotel yang bersesuaian dengan budget kita selepas kita kenal pasti lokasi di mana kita nak tinggal. Kalau budget tak menjadi masalah boleh tinggal di hotel 4 atau 5 bintang, di lokasi yang sama pasti juga ada tempat penginapan yang bersesuaian dengan budget kita.

 

Bila anda dah membuat survey dan mengambil semua kepentingan dan kepeluan yang anda perlukan anda dah boleh menempah hotel dengan senang hatinya. Selamat Bercuti!

 

Sumber: andrewsalin

 

Tags: , , , ,

Category: TIPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *