Pangsapuri Terbakar Korban 7 Mangsa Termasuk 2 Kanak-kanak |  Sekurang-kurangnya tujuh dilaporkan maut termasuk dua kanak-kanak dalam kebakaran susulan satu letupan kuat di barat daya Perancis, baru-baru ini.

Pangsapuri Terbakar Korban 7 Mangsa Termasuk 2 Kanak-kanak

Dikhabarkan beberapa bangunan di pekan St Laurent-de-la-Salanque, kira-kira 15 kilometer dari bandar Perpignan turut musnah dalam kejadian petang semalam.

Usaha mencari mangsa masih sedang giat dijalankan di dua blok pangsapuri.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Pangsapuri Terbakar Korban 7 Mangsa Termasuk 2 Kanak-kanak

Pangsapuri Terbakar Korban 7 Mangsa Termasuk 2 Kanak-kanak

Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin memaklumkan, angka kematian ketika ini disahkan adalah tujuh namun pasukan kecemasan masih menjalankan usaha pencarian.

Jelasnya, Pendakwa raya ketika ini tidak mempunyai maklumat bagi menentukan kejadian tersebut disengajakan atau sebaliknya.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan susulan letupan di sebuah premis komersial di wilayah Pyrenees-Orientales yang menyebabkan kebakaran di unit perumahan di atas premis berkenaan.

Seramai 20 individu lain turut dilaporkan cedera dalam insiden itu.

Pangsapuri Terbakar Korban 7 Mangsa Termasuk 2 Kanak-kanak

Sumber: abc News

Share.

Leave A Reply