Pasangan Nekad Minum Racun Hingga Maut. Ini Sebabnya… | Gara-gara dikatakan tidak mendapat restu daripada keluarga, satu pasangan ditemui maut selepas minum racun. Difahamkan, keluarga kepada gadis itu telah merancang untuk menyatukan dia bersama seorang lelaki lain di Pakistan.
Memetik laporan Daily Star, pasangan tersebut dikenali sebagai Muqaddas dan Adnan ditemui dalam keadaan kritikal pada Ahad (7 November) lalu. Pasangan ini dipercayai bertindak sedemikian berikutan tindakan ibu bapa mereka yang enggan membenarkan untuk berkahwin.
Menurut sumber, kejadian berkenaan berlaku ketika sambutan perkahwinan Muqadddas sedang berlangsung, sebelum ketibaan pengantin lelaki dan keluarganya. Susulan daripada itu, pasangan ini telah dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba.
Menerusi keterangan pihak polis, pasangan bercinta ini berharap untuk berkhawin namun, ibu bapa kepada Muqaddas tidak bersetuju dan telah merancang untuk menyatukan anaknya dengan lelaki lain.
Sumber : Oh BulanĀ