Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Spekulasi yang mendakwa Ye Jin hamil pada bulan lalu akhirnya terjawab apabila pasangan selebriti Korea Selatan, Son Ye Jin dan Hyun Bin mengumumkan berita gembira.

Pasangan Sensasi, Son Ye Jin Dan Hyun Bin Umum Berita GEMBIRA

Mereka akhirnya bakal bergelar ibu dan bapa apabila pelakon wanita tersebut mengumumkan berita gembira di laman Instagramnya.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh aktres tersebut, berita gembira yang diumumkan Ye Jin pasti menambah keterujaan buat peminatnya.

Sebelum ini, peminatnya mendakwa Ye Jin telah berbadan dua namun pihak agensi aktres itu menyangkal dakwaan tersebut.

Kini, segalanya sudah terjawab apabila Ye Jin mengumumkan dirinya sudah hamil anak pertama.

Di ruangan kapsyen pada hantaran tersebut, Ye Jin meluahkan rasa terujanya apabila bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

“Apa khabar semua? Saya baik-baik sahaja. Saya ingin berkongsi berita gembira dengan anda semua secara berhati-hati.

“Kami sedang menantikan kedatangan orang baharu dalam keluarga kami. Secara jujurnya saya masih lagi bingung.

“Saya merasakan ada perubahan pada badan setiap hari tetapi dalam masa yang sama rasa bimbang dan teruja,” tulisnya dalam hantaran di Instagram.

Pasangan Sensasi, Son Ye Jin Dan Hyun Bin Umum Berita GEMBIRA

Hantaran yang di muat naik pada Isnin itu telah mengejutkan ramai pihak terutama peminatnya.

Dia berasa sangat bersyukur, tetapi perlu berjaga-jaga jadi dia tidak memberitahu berita ini kepada sesiapa pun.

Jadi sebelum terlambat, dia ingin berkongsi berita gembira ini bersama peminat dan juga kenalan yang lama sudah menantikan kehamilan ini sama seperti mereka.

“Kami akan melindungi nyawa berharga yang dikurniakan kepada kami.

“Saya harap anda semua kekal sihat, dan hargai orang yang tersayang. Saya doakan anda semua bahagia,” katanya sebelum mengakhiri hantaran tersebut.

Hyun Bin dan Son Ye Jin berkahwin pada 31 Mac lalu selepas dua tahun menyulam cinta.

Sumber: Oh Bulan

Share.

Leave A Reply